Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Berita » Pasaraya Dan Peniaga Tidak Boleh Kenakan Caj 20 Sen Bagi Beg Plastik Kepada Pelanggan

Pasaraya Dan Peniaga Tidak Boleh Kenakan Caj 20 Sen Bagi Beg Plastik Kepada Pelanggan

Kategori: ,
caj 20 sen

Biasanya, kita sering kali berhadapan dengan situasi yang memerlukan kita membayar 20 sen untuk penggunaan beg plastik.

Tetapi tahukah anda bahawa semua pasar raya dan peniaga di Seremban tidak dibenarkan mengenakan caj bagi penyediaan semua jenis beg plastik kepada pelanggan termasuk dari jenis biodegradasi.

Pasar Raya Di Seremban Tidak Dibenarkan Caj 20 Sen Beg Plastik

Exco Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Negeri, J Arul Kumar berkata, masih terdapat pasar raya yang mengenakan caj 20 sen bagi setiap beg plastik sama ada jenis yang dibenarkan atau sebaliknya.

“Sebenarnya larangan penggunaan beg plastik sekali guna, polesterina dan penyedut minuman di seluruh negeri sudah dikeluarkan sejak Oktober 2022.

“Peniaga boleh menyediakan beg plastik jenis biodegrasi atas permintaan.

caj 20 sen

“Tiada caj boleh dikenakan kepada pelanggan ke atas penyediaan atau pemberian beg plastik jenis biodegradasi yang dibekalkan secara sukarela oleh pemegang lesen perniagaan,” katanya ketika sidang media hari ini.

Beliau berkata, kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) sudah memberikan kelonggaran kepada peniaga dalam tempoh dua tahun termasuk menjalankan pelbagai kempen larangan penggunaan beg plastik.

Beliau berkata, dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri baru-baru ini, semua PBT diarahkan supaya lebih agresif untuk menjalankan penguatkuasaan terhadap semua peringkat perniagaan.

PBT Kenakan Syarat Tidak Boleh Sediakan Beg Plastik Kepada Pelanggan

caj 20 sen

“Sejak 2022 PBT sudah mengenakan syarat permohonan lesen perniagaan tidak boleh menyediakan beg plastik kepada pelanggan. Tindakan ini adalah satu kesalahan dan melanggar syarat lesen.

“Masih terdapat syarikat besar dan kecil yang membekalkan plastik dilarang seperti oxo-degradable atau jenis photodegradable yang sangat berbahaya kepada manusia dan haiwan.

“PBT tidak akan teragak-agak untuk mengeluarkan kompaun kepada mana-mana pihak yang melanggar syarat lesen ini yang mana boleh membawa kepada pembatalan lesen,” katanya.

Beliau berkata, peniaga atau pasar raya yang melakukan kesalahan ini boleh dikompaun RM250 dan jika gagal bayar boleh diheret ke mahkamah.

caj 20 sen

Katanya, sebelum ini kini PBT masih memberikan notis peringatan kepada peniaga yang didapati melanggar peraturan itu membabitkan 1,125 notis di seluruh negeri.

“Hanya Majlis Bandaraya Seremban (MBS) sudah mengeluarkan 14 notis, manakala Majlis Daerah Rembau (MDR) mencatatkan notis peringatan paling tinggi iaitu sebanyak 500 notis dengan peniaga pasar malam mencatatkan jumlah paling tinggi,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Baca juga: MAPIM, ZUS Coffee Tampil Berkolaborasi Kutip Sumbangan Untuk Rakyat Palestin Di Gaza

tags: