Buah durian kini bukan sahaja diminati oleh warga lokal malahan sudah menjadi fenomena di peringkat global.
Negara jiran seperti Indonesia turut mula berjinak dalam arena tanaman raja buah itu dan menghasilkan variasi baru di negara mereka.
Baru-baru ini, sebuah poster yang dikongsikan oleh ASEAN Skyline melalui laman Facebook telah meraih perhatian warga maya. Poster yang dikongsikan adalah berkaitan pilihan buah yang dijadikan sebagai buah kebangsaan untuk negara di Asia Tenggara.
Sementara negara lain telah disenaraikan mengikut hasil buah yang ditanam secara lokal di tempat masing-masing, seperti buah naga yang cukup terkenal di Vietnam, buah mangga yang popular di Filipina dan buah manggis menjadi buah rasmi bagi Thailand.
Namun, apabila grafik poster papar durian sebagai buah kebangsaan untuk negara Singapura telah mengundang pelbagai reaksi oleh netizen.
Menjengah ruangan komentar, rata-rata netizen termasuklah rakyat Singapura sendiri seperti terkejut dengan perkongsian tersebut dan hanya berseloroh mengatakan mungkin Singapura memiliki dusun buah durian tersendiri yang kita tidak ketahui.
Dalam masa sama, netizen turut merasa bangga kerana buah tempatan kini menjadi rebutan untuk dijadikan buah kebangsaan di negara lain meskipun dahulunya ramai yang tidak menyukainya kerana bau yang kuat.
Sumber: Asean Skyline
Baca juga: Harga Air Mineral Sudah 50% Lebih Mahal Dari Petrol – PPIM