Kebiasaannya pantai menjadi tarikan ramai untuk pengunjung mendapatkan ketenangan sambil berkelah bersama keluarga tersayang.
Malah, ada sebahagian pantai menyediakan kemudahan seperti kerusi dan meja untuk memberi keselesaan ketika di situ.
Baru-baru ini, seorang individu telah memuat naik video di TikTok memperlihatkan kegiatan seseorang yang meletakkan harga bagi setiap meja yang disediakan di Pantai Tanjung Aru, Kota Kinabalu, Sabah.
Menerusi video itu, caj harga yang dikenakan berbeza merangkumi sekitar RM15 dan RM20 mengikut saiz meja dan kerusi yang disediakan.
Difahamkan kedudukan tempat tersebut merupakan spot terbaik untuk melihat matahari terbenam.
“No komen. Nak tengok sunset kan? Kenalah berkorban sikit,” tulis kapsyen oleh pemilik video.
Dapat dilihat, segelintir pengunjung di pantai popular itu lebih rela duduk di lantai dan kawasan berpasir berbanding duduk di meja dan kerusi yang disediakan. Jadi, tempat duduk itu masih kosong walaupun ramai pengunjung berada di lokasi itu.
Susulan perkongsian video itu telah meraih perhatian netizen yang mana rata-ratanya terkejut dengan harga yang dikenakan dan dianggap tidak masuk akal.
Namun begitu, ada yang mendakwa yang mendakwa kawasan itu adalah tanah persendirian, jadi terpulang kepada pemilik untuk mengenakan caj sebegitu.
Selain itu, ada pengunjung yang pernah melawat turut berkongsi pengalaman pernah terkena ketika melawati pantai berkenaan dan lebih teruk lagi telah dinaikkan harga sekali ganda berbanding sebelumnya.
Sumber: Vocket
Baca juga: Pelancong Rusia Teruja Dengan Keunikan Malaysia Bungkus Air Ikat Tepi, Ini Reaksinya…