Jika anda membeli roti, kadang kala ada di antara kita hanya memakan bahagian putih sahaja. Kerak roti sering kali dibuang atau dianggap sebagai bahagian yang kurang menarik kerana mungkin rasanya yang keras.
Namun jangan membazir kerana bahagian yang sering dibuang ini sebenarnya boleh dijadikan menu enak selepas diolah dengan kreatif.
Menerusi video dikongsikan individu dikenali sebagai Rahmat di TikTok, dia berkongsi cara menggunakan kerak roti untuk menghasilkan hidangan lazat dengan campuran beberapa bahan mudah.
Resipi Bijak – Kerak Roti Jadikan Bebola Rangup, Anak-Anak Pasti Suka!
Bahan-bahan diperlukan:
- Bahagian tepi roti yang dikumpul
- Susu segar
- Keju
Cara Penyediaan:
- Kisar kerak roti untuk mendapatkan tekstur lebih halus.
- Masukkan sedikit susu pada bahan yang sudah dikisar dan gaul hingga sebati.
- Sekiranya terlebih susu, anda boleh masukkan sedikit tepung gandum ke dalam adunan.
- Gentel adunan untuk dijadikan bentuk bulat lebih kecil.
- Masukkan keju di bahagian tengah untuk dijadikan inti.
- Goreng adunan kerak roti tadi menggunakan minyak panas sehingga masak.
- Selepas siap dimasak, hidangkan kerak roti yang masih dalam keadaan panas bersama sos cili.
- Sekiranya anda tidak mempunyai keju di rumah, kerak roti kosong (tanpa inti) ini boleh disira menggunakan air gula sebagai penambah rasa.
Sedap untuk dinikmati.
Sumber: Rahmat
Baca juga: Burger Ramly Dari Malaysia Dapat Liputan Media Antarabangsa The New York Times, Terkenal Hingga Amerika Syarikat