Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Heboh Tentang Sijil Halal, Uncle Roger Jawab Status Halal Restoran Yang Baru Dibuka. Ini Jawapannya…

Heboh Tentang Sijil Halal, Uncle Roger Jawab Status Halal Restoran Yang Baru Dibuka. Ini Jawapannya…

Kategori: ,,,
Uncle Roger

Sebut sahaja pelawat dan youtuber yang terkenal di Malaysia, sememangnya Uncle Roger ada dalam senarai.

Semalam, Uncle Roger telah membuka restoran di Pavilion Bukit Bintang dan mendapat perhatian ramai lebih-lebih lagi pengunjung dalam kalangan peminat.

Melihat kepada pembukaan semalam, ada pelanggan yang sanggup menunggu restoran dibuka sebelum pusat beli-belah itu dibuka lagi.

Heboh Tentang Sijil Halal, Uncle Roger Jawab Status Halal Restoran Yang Baru Dibuka. Ini Jawapannya…

Uncle Roger

Salah seorang pengunjung yang datang meraikan pembukaan restoran itu, tidak lain tidak bukan Pinn Yang, pengasas konten makanan KL Foodie.

Apabila Pinn Yang bertanya kepada Uncle Roger mengenai status halal, beliau menjawab masih dalam proses permohonan.

“Kami Sedang Mohon Sijil Halal”

Uncle Roger

“Kami sedang mohon sijil halal daripada Jakim.

“Jakim cepat sedikit. Kenapa begitu lama? Cepat-cepat bagi saya sijil,” kata Uncle Roger.

Ramai memuji Uncle Roger kerana sudah siap sedia memohon sijil halal awal-awal bagi mengelakkan salah faham di kalangan orang ramai.

Dalam pada itu, netizen juga terkejut apabila Uncle Roger menjawab soalan Pinn Yang dalam Bahasa Malaysia.

Ramai yang masih tidak tahu Uncle Roger sebenarnya berasal dari Malaysia, bukanlah Singapura walaupun gaya perwatakan yang dibawa oleh Nigel Ng seakan dari negara jiran.

Sumber: KL Foodie / Vocket

Baca juga:  Uncle Roger Bakal Buka Restoran Pertamanya Di Pavilion KL Pada Bulan September Ini!

tags: |