Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Kisah Penghantar Makanan Kongsi Cerita Pelanggan Melayu Pesan Makanan Dari Kedai Non Halal Jadi Bualan

Kisah Penghantar Makanan Kongsi Cerita Pelanggan Melayu Pesan Makanan Dari Kedai Non Halal Jadi Bualan

Kategori: ,
penghantar makanan

Baru-baru ini, tular tentang kisah seorang penghantar makanan yang terkejut apabila mendapat pesanan dari pelanggan yang dipercayai seorang Melayu.

Ia menjadi bualan ramai apabila pelanggan Melayu tersebut memesan pesanan di kedai makanan non halal.

Kisah Penghantar Makanan Kongsi Cerita Pelanggan Melayu Pesan Makanan Dari Kedai Non Halal Jadi Bualan

Pada awalnya penghantar makanan tersebut mahu mengingatkan pelanggan wanita Melayu itu bahawa ia makanan tidak halal.

penghantar makanan

Ini kerana penghantar makanan tersebut memikirkan mungkin wanita itu terlepas pandang tersebut atau secara tidak sengaja memesan makanan dari kedai tersebut.

Daripada perbualan mereka, wanita tersebut menyatakan memang dia selalu membeli makanan dari kedai tersebut. Wanita tersebut kemudian bertanya kenapa penghantar makanan bertanya tentang perkara itu.

“Kenapa ya?”, soal perempuan itu.

Penghantar makanan tersebut kemudian menyatakan bahawa makanan tersebut adalah dimasak oleh kedai non halal milik peniaga Cina.

“A’a, tahu,” jawab wanita berkenaan.

Ada Yang Bersetuju & Ada Yang Tidak Dengan Tindakan Abang Rider

penghantar makanan

Meninjau ruangan komen, ada yang bersetuju dengan tindakan penghantar makanan terbabit dan ada yang berasa bahawa tindakan itu agak tidak patut.

“Bagus abang ni tegur, tak apa abang dah lulus tentang tanggungjawab,” komen salah seorang netizen.

Malah, ada yang bersetuju bahawa mungkin perkara yang dilakukan oleh abang tersebut betul, tetapi tidak sesuai untuk di viralkan di media sosial.

“Mungkin niat abang baik, tapi rasanya tak perlu upload di media sosial,” kata seorang netizen lagi.

Sumber: Malaysiaviral

Baca juga: Jadi Sahabat Baik, Pasangan Madu Ini Berniaga Jual Pizza Tradisional Bersama Raih Perhatian Ramai

tags: |