Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Berita » YouTuber Popular Dunia IShowSpeed Puji Makanan Malaysia, Sanggup Bayar Lebih Bila Makan Burger Ramly

YouTuber Popular Dunia IShowSpeed Puji Makanan Malaysia, Sanggup Bayar Lebih Bila Makan Burger Ramly

Kategori: ,
IShowSpeed puji makanan Malaysia

Sekarang, tular tentang seorang YouTuber – personaliti sensasi dan penstrim dalam talian dari Amerika Syarikat, Ishow Speed yang berkunjung ke Malaysia menarik perhatian ramai.

Dia berkunjung ke Malaysia dan mencuba makanan serta snek tempatan.

Dalam beberapa video yang tular di media sosial, menunjukkan Ishow Speed sempat mencuba beberapa jenis snek antaranya keropok Mi Mi, Rota dan Super Ring.

Menurut personaliti itu, snek Super Ring yang diberikan kepadanya itu adalah yang terbaik pernah dia cuba.

“Baik lah, saya nak cuba, sambil membuka snek itu dan memakannya).

“Super Ring adalah yang terbaik,” kata IShowSpeed selepas sekali mencubanya.

YouTuber Popular Dunia IShowSpeed Puji Makanan Malaysia, Sanggup Bayar Lebih Bila Makan Burger Ramly

Pemilik nama sebenar Darren Jason Watkins Jr juga sempat mencuba nasi lemak yang diberikan oleh peminatnya dan IShowSpeed puji makanan Malaysia tidak putus-putus.

Menarik perhatian ramai, Speed yang pertama kali mencuba burger Ramly atau dikenali burger tepi jalan memberi komen bahawa burger itu sememangnya lazat dan sedap.

IShowSpeed puji makanan Malaysia

Speed yang pertama kali mencuba burger berkenaan sangat menggemarinya sehingga sanggup membayar lebih kepada penjual tersebut.

“Oh Tuhanku, burger ini kelihatan sangat enak. Burger ini dibalut dengan telur. Saya tak pernah lihat menu ini sebelum ini,” kata Speed yang melompat keterujaan.

Selepas mencuba burger tersebut, jelas dari raut wajahnya menunjukkan dia begitu berpuas hati dengan rasa burger tersebut sehingga tidaak kisah dengan jumlah wang yang dikeluarkan.

IShowSpeed kini berada di Malaysia sempena siri jelajahnya sulungnya ke Asia Tenggara.

Sedang Adakan Kembara Asia Hingga 22 September Ini

IShowSpeed puji makanan Malaysia

Sebelum itu dia telah berkunjung ke Vietnam, Kemboja serta Thailand dan kemudiannya meneruskan perjaalannya ke negara ini.

Dia dijadual mengakhiri siri jelajah tersebut, yang bermula dari 14 hingga 22 September ini di Singapura.

Untuk info, IShowSpeed merupakan seorang penstrim paling terkenal di YouTube dan meraih populariti melalui kandungan tidak terduga merangkumi permainan video, reaksi langsung dan sketsa komedi.

Sumber: IShowSPeed

Baca juga: Ramai Persoal Gaji Pekerja 99 Speed Mart Rendah Walau Pengusaha Jutawan, 99 Speedmart Pertahan Struktur Gaji Pekerjanya

tags: |