Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Indonesian Cuisine: Resepi Kacang Sembunyi Renyah Praktis

Indonesian Cuisine: Resepi Kacang Sembunyi Renyah Praktis

Kategori: ,,

Kuih kacang sembunyi ialah salah satu kuih kering atau cemilan yang pada umumnya selalu ditemui pada hari lebaran. Kuih kacang sembunyi ini mempunyai tekstur yang renyah dan rasa yang enak. Berikut merupakan resepi untuk membuat kacang sembunyi renyah dengan rangup:

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 250 gr tepung terigu
  • 100 gr kacang tanah
  • 1 butir telur
  • 1 sdm mentega
  • ½ sdt garam
  • air secukupnya

Bahan Karamel:

  • 100 gr gula pasir
  • garam+air secukupnya

Cara-caranya adalah:

  1. Untuk kulit: Masukkan tepung terigu, mentega, sedikit garam dan telur. Adun sehingga sebati. Tambah sedikit air. Adun lagi. Kemudian, giling adunan tadi.
  2. Setelah itu, potong kecil-kecil adunan tersebut. Gulung potongan kecil tadi yang telah diisi dengan kacang.
  3. Untuk karamel: Campurkan gula pasir dan garam. Larutkan dalam air panas.
  4. Kemudian panaskan minyak, goreng sehingga warna keemasan. Selepas itu, masukkan karamel tadi. Tutup kuali supaya minyak tidak terpecik.
  5. Angkat dan sedia untuk disajikan.

Selamat Mencuba.

Tonton video ini untuk langkah-langkah penyediaannya:

 

Kredit resepi: Bunda Cinta

tags: | | |