Di dalam arena makanan Malaysia, pasti ramai yang mengenali Kieda Crepe, jualan produk manisan crepe dan juga Jason, seorang pempengaruh ‘reviewer’ makanan yang terkenal dengan kejujurannya.
Baru-baru ini, Jason telah mencuba makanan Kieda Crepe seterusnya mengulas makanan tersebut satu per satu di Festival Budaya Putrajaya.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Jason di laman TikTokbnya, dia meluahkan rasa teruja apabila dapat merasai sendiri produk usahawan tersebut yang hangat diperkatakan oleh orang ramai sebelum ini.
Dalam perkongsian tersebut, Jason membeli tiga jenis perisa biscoff, oreo dan juga durian pada hargaa RM15 di salah sebuah gerai pencuci mulut di festival tersebut.
Selepas Jason mencuba ketiga-tiga perisa tersebut, Jason memberikan markah penilaian yang agak rendah iaitu sebanyak 4.2 daripada 10 sahaja.
Lantas, ulasan tersebut mendapat perhatian ramai.
Mana tidaknya, produk Kieda Crepe sering menerima pujian malah ramai yang sanggup beratur panjang setiap kali usahawan itu membuat jelajah di beberapa negeri demi mendapatkan produknya.
Ada individu bertindak memuji tindakan Jason yang jujur dalam membuat reviu berkaitan produk makanan tanpa berat sebelah.
Dalam masa yang sama, ada juga mengatakan lain orang lain penilaian disebabkan rasa bagi semua orang adalah subjektif.
Sumber: Jason
Baca juga: Viral Sebab Pekerja Khairul Aming Tidak Mahu ‘Resign’, Ada Rahsia Dari KA Yang Mengejutkan Ramai