Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Berita » Fakta » PMX Umum Peruntukan RM5.5 Juta Baik Pulih Pasar Besar Siti Khadijah Di Kelantan

PMX Umum Peruntukan RM5.5 Juta Baik Pulih Pasar Besar Siti Khadijah Di Kelantan

Kategori: ,
Pasar Siti Khadijah

 Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM5.5 juta untuk kerja-kerja baik pulih Pasar Besar Siti Khadijah.

Menurut beliau, terdahulu kerajaan telah meluluskan peruntukan berjumlah RM1.5 juta bagi tahun 2023 dan 2024.

PMX Umum Peruntukan RM5.5 Juta Baik Pulih Pasar Besar Siti Khadijah Di Kelantan

Pasar Siti Khadijah

“Kos berkenaan bagi projek membabitkan aspek kebersihan, tandas, baik pulih bumbung dan sistem pendawaian.

“Peruntukan itu menjadikan keseluruhan RM7 juta yang sudah diluluskan kerajaan Pusat sejak tahun lalu,” katanya semasa merasmikan Majlis Ramah Mesra Bersama Peniaga-peniaga Pasar Besar Siti Khadijah di Laman Siti Khadijah di sini, pada Selasa.

Anwar memberitahu, pada November tahun lalu, peruntukan RM500,000 telah diluluskan untuk baik pulih bumbung dan RM1 juta pada tahun ini untuk proses mengecat serta baik pulih struktur konkrit yang merekah.

Ada Projek Pendawaian, Keseluruhan Peruntukan RM7 Juta

Pasar Siti Khadijah

Ujarnya, disebabkan masih ada proses yang perlu dilakukan termasuk sistem pendawaian yang perlu ditukar menjadikan keseluruhan RM7 juta untuk Pasar Siti Khadijah setakat ini.

Beliau turut mengarahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) memantau serta menyegerakan projek berkenaan.

“Jika projek ini perlu ditender sekali pun, ia mesti dilakukan dengan cepat. Ini kerana Pasar Siti Khadijah menjadi tumpuan orang ramai.

“Di sini terdapat seramai 1,500 peniaga dan apa yang kita usahakan ini demi mengenangkan ribuan peniaga di sini,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Baca juga: Berkat Usaha Amir Raja Lawak Dapat Buka Restoran AP Fried Chicken, Ramai Kagum Dengan Kegigihannya

tags: | |