Siapa peminat Uncle Roger, pasti sudah tahu tentang pembukaaan restorannya di Pavilion Bukit Bintang pada 11 September lalu di mana 11 September lalu merupakan tarikh penting buat Nigel Ng, atau lebih dikenali sebagai Uncle Roger di mana dia telah membuka restoran pertamanya di Pavilion Kuala Lumpur.
Tidak sampai satu bulan beroperasi, Uncle Roger sedia membuka cawangan kedua di sebuah pusat beli-belah ibu kota, Mutiara Damansara, Selangor – IPC Mall.
“Haiyaa, tengok siapa datang ke IPC nanti,” petik pengumuman rasmi IPC Shopping Centre di Facebook mereka.
Menerusi komen-komen yang dikongsikan warganet, ramai yang bersyukur Uncle Roger bakal buka kedai baharu di luar kawasan sesak ibu kota.
Pada masa yang sama, netizen turut berharap harganya nanti lebih murah berbanding di cawangan pertama.
Terdahulu, YouTuber terkenal – Uncle Roger juga menerima kunjungan IShowSpeed yang menyebabkan restorannya itu dipenuhi dan diserbu oleh ramai orang.
Sumber: Uncle Roger