Menolong ibu bapa membuat kerja rumah sejak kecil lagi dapat membentuk individu tersebut untuk berdikari dan pandai menguruskan diri.
Terbaharu, satu kajian yang dijalankan oleh Universiti Harvard mendapati bahawa kanak-kanak yang terlibat dalam kerja rumah semasa kecil cenderung untuk mencapai kejayaan yang lebih besar dalam kehidupan dewasa mereka.
Kajian yang berlangsung selama 85 tahun itu memberikan pandangan mendalam tentang bagaimana tanggungjawab kecil seperti membuang sampah, mencuci pakaian dan membantu dalam tugas-tugas harian boleh membentuk masa depan seseorang.
Menurut kajian tersebut, kanak-kanak yang melakukan kerja rumah membina harga diri dan keyakinan yang lebih tinggi. Mereka belajar keras dan sumbangan adalah penting untuk mencapai matlamat dalam kehidupan. Ini bukan sahaja membantu mereka menjadi lebih berdikari, tetaoi juga mengambangkan etika kerja yang kukuh dan empati terhadap orang lain.
Kajian ini juga menunjukkan kanak-kanak yang terlibat dalam kerja rumah merasa mereka adalah sebahagian daripada pasukan keluarga. Ini memberikan mereka rasa pencapaian dan kepentingan yang seterusnya membantu dalam kehidupan peribadi dan profesional mereka.
Dr Julie Luthcott-Haims, seorang penyelidik utama dalam kajian ini berkata, kanak-kanak yang melakukan kerja rumah belajar bahawa mereka perlu melakukan kerja untuk menjadi sebahagian daripada kehidupan.
Ini mengajar mereka berfikir bahawa merreka perlu menyumbang untuk menjadi sebahagian daripada sesuatu yang lebih besar daripada diri mereka sendiri.
Sumber: Agensi
Baca juga: Tak Sampai Sebulan Operasi, Uncle Roger Bakal Buka Restoran Kedua Di IPC Shopping Centre