Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Berita » Ramai Yang Sanggup Bayar RM36 Cucur Udang Chef Wan Sebab Berbaloi, Menu Ini Tarik Perhatian Ramai

Ramai Yang Sanggup Bayar RM36 Cucur Udang Chef Wan Sebab Berbaloi, Menu Ini Tarik Perhatian Ramai

Kategori: ,,,
Cucur Udang Chef Wan

Selebriti chef, Datuk Redzuawan Ismail yang terkenal dengan masakannya yang sedap baru-baru ini menerima sambutan yang hangat apabila ramai mengatakan cucur udang yang dijual di restorannya patut dicuba.

Dengan harga RM36 sepinggan, cucur udang tersebut menarik perhatian ramai kerana teksturnya yang rangup dan rasanya yang sedap.

Dijual di Restoran De.Wan 1958 by Chef Wan @ The Linc KL, rata-rata pelanggan yang datang mengakui kesedapan Cucur Udang Chef Wan tersebut.

Ramai Yang Sanggup Bayar RM36 Cucur Udang Chef Wan Sebab Berbaloi, Udang Melimpah Pinggan

Seperti ciapan oleh seorang pengguna X, Roman Akramovich berkata bahawa dia sanggup membayar Cucur Udang Chef Wan dengan harga RM36 apabila melihat video ulasan makanan yang diulas oleh seorang pempengaruh – @hungrysam_oe.

Cucur Udang Chef Wan

Hantaran tersebut dipersetujui ramai dan ada yang mengatakan hidangan Cucur Udang Chef Wan boleh dimakan hingga 3 orang makan.

Ramai Pelanggan Yang Dah Cuba Cakap Sedap!

Cucur Udang Chef Wan

Sumber: Jeccica418

“Pertama, korang kena terima hakikat bahawa korang akan bayar RM36 untuk sepinggan cucur udang.

“Kedua, nikmati segala sensasinya! Sedap teruk!

“Portion pun besar, saya rasa kalau korang bukan jenis makan banyak, memang boleh makan ni untuk 3 orang makan,” kata seorang netizen yang juga pelanggan Chef Wan di ruangan komen tersebut.

Cucur Udang Chef Wan

Ada juga pelanggan lain yang berkongsi tentang bagaimana untuk mendapatkan potongan harga sehingga 50% pada waktu-waktu tertentu dengan syarat-syarat tertentu menggunakan aplikasi eatigo.

Cucur Udang Chef Wan

Jadi korang tunggu apa lagi? Jom ke sana demi nikmati dan mencuba Cucur Udang Chef Wan sekarang juga untuk tengok berbaloi ke tak!

Sumber: hungrysam / Roman

Baca juga: Restoran Nasi Campur Vegetarian Ini Hanya Caj RM2 Untuk 3 Lauk Berbeza, Mahu Bantu Orang Ramai Makan Sihat

tags: | |