Penyasaran ataupun marketing biasanya akan dilakukan oleh peniaga mengikut sasaran pelanggan yang dikhususkan.
Pelbagai marketing yang dibuat untuk mencapai targert market untuk mencapai target jualan.
Tetapi, marketing yang ditunjukkan oleh peniaga donut ini agak membimbangkan apabila dia menggunakan unsur lucah sehingga menimbul kegusaran masyarakat.
Dalam video yang tular berdurasi 3 minit 17 saat berkenaan, peniaga tersebut menjual donut susu menggunakan dialog “berayaq, berayaq, jet lagi” sambil membuat mimik muka ghairah bermata putih yang dikatakan mempunyai unsur tidak senonoh.
Warga maya meluahkan rasa kurang senang dengan marketing unsur lucah tersebut serta menyifatkan ia sungguh memalukan serta tidak mencerminkan adab sebagai manusia yang bermoral.
“Sorry la bang, saya ni bukan orang baik-baik atau alim ulama tapi apa yang saya tahu nak berniaga biar la cara beradab tanpa unsur-unsur soft porn.
“Bagi abang benda ni normal, menarik perhatian tapi mungkin wallahualam/nauzubillah rezeki tu tak berkat sebab tiada adab. Maaf ye sebab bukan budaya/agama kita ajar macam ni, banyak je gimik lain tapi tu la ni jugak yang dipilihnya,” tulis seorang pengguna facebook.
Melihat kepada komen netizen, orang ramai menyarankan agar promosi dan marketing sebegini diberhentikan kerana ia boleh mempengaruhi pemikiran masyarakat lebih-lebih lagi kanak-kanak yang sedang belajar tentang kehidupan.
Sumber: Mohd Firdaus Jailan