Ayam gunting merupakan antara hidangan popular yang sering menjadi pilihan ramai untuk dinikmati ketika waktu lapang.
Ia merupakan menu ringkas berasaskan dada ayam dan tepung yang kebiasaannya boleh mengenyangkan.
Seiring dengan peredaran zaman serta kos yang semakin meningkat, dapat dilihat harga jualan ayam gunting kini mencecah RM10 ke RM12.
Menerusi video yang dikongsikan di akaun TikTok @bestfoodmy, peniaga yang digelar sebagai pakcik didatangi oleh pemilik video yang memesan ayam gunting.
Apa yang menjadi perhatian adalah ayam gunting RM2 yang dijual olehnya.
Melalui perkongsian tersebut, dapat dilihat saiz hidangan tersebut yang agak besar dan isinya sedikit nipis berbanding ayam gunting yang terdapat di pasaran.
Lebih menarik, hidangan tersebut dijual secara panas-panas malah peniaga itu menyatakan dia boleh memanaskan semula menu berkenaan atas permintaan pelanggan.
Malah, dia juga menetapkan tahap kepedasan hidangan ayam gunting itu mengikut citarasa pelanggannya.
Selain daripada ayam gunting, turut terdapat sosej serta sotong yang dijual di gerai kecil miliknya itu.
Difahamkan, gerai kecil pakcik itu terletak di Dutch Square (Red Square), Melaka dan beroperasi bermula jam 5.30 petang sehingga habis jualan.
Sumber: best food my
Baca juga: “Sampai Tanya Banyak Kali…”, Wanita Ini Terkejut Nasi Lemak Telur Rebus Sebiji Harga RM1.50, Tak Sangka Peniaga Jual Harga Sebegitu