Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Fried Milk

Fried Milk

Kategori:
Fried Milk

Fried Milk

Fried Milk atau Susu Goreng merupakan salah satu hidangan yang sangat mudah dan cepat. Seperti namanya , bahan utama yang digunakan adalah susu cair. Tekstur atau bentuk rupa sangat menarik di samping kelembutannya. Jom cuba resepi ini …

 

RESEPI

  • 200ml santan kotak
  • 1/4 cawan susu (fresh/UHT)
  • 2 1/2 sudu besar gula pasir
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • Salutan tepung (tepung jagung, telur, serbuk roti)

CARA PENYEDIAAN

  1. Masukkan susu segar, gula pasir, santan kotak, tepung jagung ( kacau sehingga sebati )
  2. Kemudian masakkan di atas api yang kecik selama 2-3 minit sehingga larutan likat
  3. Sapu acuan dengan sedikit mentega
  4. Tutup adunan dengan plastik wrap dan letak ke dalam peti selama 3-4 jam
  5. Potong kepada beberapa bahagian dan salut dengan tepung jagung, telur dan serbut roti
  6. Goreng sehingga warna keemasan

Selamat Mencuba !

tags: