Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Restoran JL Fara Houseboat Bernilai Hampir RM1.2 Juta Hanyut Di Sungai Kelantan Akibat Banjir Diselamatkan Penduduk Kampung

Restoran JL Fara Houseboat Bernilai Hampir RM1.2 Juta Hanyut Di Sungai Kelantan Akibat Banjir Diselamatkan Penduduk Kampung

Kategori: ,
JL Fara Houseboat

Ratusan kilogram daging segar, ‘king crab’, barangan basah serta peralatan jualan yang mencecah hampir RM1 juta hanyut bersama ‘houseboat’ milik seorang pengasas kosmetik di Sungai Kelantan di sini pada Rabu.

Menurut laporan Sinar Harian, kejadian jam 3.29 petang semalam berlaku semasa hujan lebat serta arus sungai deras sehingga menyebabkan tali yang mengikat ‘houseboat’ itu terputus.

Pengasas kosmetik serta pengusaha restoran yang dikenali sebagai JL Fara itu berkata, sehingga sekarang beliau masih terkejut dengan kejadian yang menimpa.

Tidak Sempat Tambah Tali, Houseboat Dihanyutkan

JL Fara Houseboat

“Sebelum tali terputus disebabkan arus deras, suami ada memaklumkan pada saya untuk menambah lagi bilangan tali untuk memastikan ‘houseboat’ tidak dihanyutkan.

“Belum sempat untuk kami berbuat demikian ia berlaku. Di dalam ‘houseboat’ ini terdapat dapur serta tempat penyimpanan barangan jualan bagi ‘shellout’ serta nasi berlauk malam,” katanya.

Menurut beliau, ia juga melibatkan dua bahagian iaitu restoran dan juga rumah peribadi serta sebuah bot yang diletakkan bersama ‘houseboat’ tersebut.

Ujarnya, sebelum kejadian itu pada Selasa malam sebuah pokok besar telah tumbang dan menimpa bahagian dapur ‘houseboat’ sekitar jam 8 malam.

Orang Kampung Jumpa Restoran JL Fara Houseboat Sekitar Jam 6.30 Petang

JL Fara Houseboat

Pihak Restoran JL Fara memberitahu, beliau serta kakitangan terpaksa berjaga sampai ke Subuh untuk membersihkan sisa-sisa pokok yang tumbang itu.

“Saya tidak sangka petang ini pula ‘houseboat’ yang hanyut. Letih malam tadi belum hilang lagi.

“Bagaimanapun Alhamdulillah sekitar jam 6.30 petang tadi kami menerima perkhabaran gembira, apabila ada penduduk yang telah ternampak dan menyelamatkan JL Fara ‘houseboat’,” katanya.

Beliau memberitahu, bahagian ‘houseboat’ kecil ditemukan di Kampung Laut, Tumpat manakala yang besar pula di Kampung Keseng, berhampiran Pantai Cahaya Bulan.

Menurut JL Fara, suaminya bersama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sedang menuju ke lokasi berkenaan untuk mengambil semula ‘houseboat’ yang hanyut.

“Terima kasih kepada penduduk kampung yang baik hati. Saya dimaklumkan ada sebuah keluarga dengan anak-anak kecil menaiki bot siap tolong selamatkan ‘houseboat’ kami daripada terus dihanyutkan.

“Alhamdulillah, rakyat Kelantan baik-baik semuanya,” katanya.

Sebelum itu tular di TikTok serta Facebook video yang memaparkan detik-detik ‘houseboat’ milik JL Fara dihanyutkan arus deras di Sungai Kelantan.

Sumber: Sinar Harian

Baca juga: Restoran Nasi Campur Vegetarian Ini Hanya Caj RM2 Untuk 3 Lauk Berbeza, Mahu Bantu Orang Ramai Makan Sihat

tags: |