Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Khairul Aming Boleh Ambil Barang Di Mydin Bantu Mangsa Banjir – Boss Mydin

Khairul Aming Boleh Ambil Barang Di Mydin Bantu Mangsa Banjir – Boss Mydin

Kategori: ,
Khairul Aming

Syarikat pemborong dan peruncit terkenal, Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) memudahkan urusan pempengaruh, Khairul Aming bagi meneruskan pemberian bantuan kepada mangsa banjir di Kelantan.

Menerusi sebuah video yang tular di TikTok, Pengarah Urusannya, Datuk Ameer Ali Mydin memberi jaminan untuk membenarkan usahawan itu mengambil barangan di premis miliknya bagi membantu rakyat terkesan.

Khairul Aming Boleh Ambil Barang Di Mydin Bantu Mangsa Banjir – Boss Mydin

“Awak boleh ambil barang seberapa banyak awak nak, tak perlu hantar orang atau kad kredit, 20,000 atau 100,000, nanti selepas banjir awak bayarlah,” katanya.

Khairul Aming

Situasi banjir yang dilihat semakin kritikal melanda negeri Kelantan sehingga mencecah hampir 100,000 mangsa

Ia mendapat perhatian ramai sehinggakan pempengaruh media sosial dan beberapa usahawan tempatan termasuk Khairul Aming turun padang membantu mangsa banjir.

Khairul Aming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman menerusi Instagram miliknya memaklumkan sebaik tiba di Kelantan pada Sabtu, dalam tempoh dua jam dia berjaya kumpul bantuan untuk 2,000 mangsa banjir di Pasir Mas.

Khairul Aming

Dalam pada itu, pihak Mydin turut memberikan sumbangan berbentuk barangan kepada mangsa.

Sumber: Sinar Harian

Baca juga: Khairul Aming Agih Bantuan Kepada Mangsa Banjir, Pinn Yang Beri Sumbangan Besar Untuk Pertolongan Kewangan

tags: | |