Pada zaman di mana kos sara hidup semakin meningkat, mencari peluang untuk meniaga dengan harga yang berpatutan merupakan satu cabaran.
Dalam usaha membantu masyarakat mengatasi tekanan kewangan yang semakin meningkat, tindakan untuk menawarkan produk makanan dengan harga yang rendah menjadi satu keputusan strategik.
Kisah seorang peniaga wanita yang pemurah ini menjadi sebutan ramai apabila seorang pempengaruh makanan telah berkongsi tentang nasi lemak yang dijual peniaga dengan harga yang murah.
Bukan setakat itu, nasi lemak beras Basmathi yang dijual dengan harga RM2 bersama lauk dan sayur yang lengkap – sambal, ikan bilis, telur, kacang dan juga sayur kangkung itu sangat murah dan berbaloi.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @bestfoodmy, peniaga itu berniaga di Taman Danau Kota, Kuala Lumpur.
Lebih menarik, Nasi Lemak RM2 itu dijual bersama telur rebus yang dipotong 1/4, malah dipotong separuh 1/2.
Difahamkan, kedai peniaga tersebut dikenali sebagai Restoran Nasi Lemak Kangkung yang dibuka setiap hari bermula jam 7 pagi sehingga 11 malam.
Video Nasi Lemak RM2 yang telah mendapat lebih 201,000 tontonan dan turut dikongsikan di platform X nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Melihat ke ruangan komen, majoriti daripada mereka terkejut serta tidak percaya dengan kuantiti dan penggunaan bahan sedemikian, nasi lemak tersebut boleh dijual dengan harga yang murah.
Malah, ada yang menganggap kuantiti tersebut hanya untuk video berkenaan namun dakwaan itu disangkal oleh beberapa pengguna yang telah berkunjung ke premis itu.
Berikut antara komen pengguna media sosial:
Semoga peniaga tersebut dimurahkan rezeki!
Sumber: bestfoodmy
Baca juga: Nasi Lemak RM1 Dapat Sambutan Luar Biasa, Terjual Lebih 1,700 Bungkus Sehari