Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Nasi Lemak Mendunia” – Kedai Di Australia Perkenal Kek Keju Nasi Lemak, Tarik Perhatian Orang Ramai

“Nasi Lemak Mendunia” – Kedai Di Australia Perkenal Kek Keju Nasi Lemak, Tarik Perhatian Orang Ramai

Kategori: ,
Kek Keju Nasi Lemak

Nasi Lemak merupakan hidangan kebanggaan rakyat Malaysia yang digemari oleh semua.

Makanan ini juga menjadi salah satu simbol penyatuan rakyat Malaysia apabila kebanyakan kaum di sini amat menyukai Nasi Lemak dan menikmati hidangan itu bersama-sama.

“Nasi Lemak Mendunia” – Kedai Di Australia Perkenal Kek Keju Nasi Lemak, Tarik Perhatian Orang Ramai

Terbaharu, Nasi Lemak menjadi bualan ramai apabila sebuah restoran di Melbourne, Australia, Yew’s lil Pantry Australia menjual kek dengan konsep Nasi Lemak yang diubah menjadi Kek Keju Nasi Lemak.

Kek keju itu  dilapisi dengan daun pandan dan ditabur dengan kacang goreng, ikan bilis, sambal serta telur rebus.

Kek Keju Nasi Lemak

Nampak pelik bagi kita, bagaimanapun ia ternyata disukai ramai penduduk tempatan.

Dipuji ‘sangat genius’

Seorang pengguna Instagram “eat_withvivi” berkata juadah itu begitu seimbang antara rasa masin dan manis.

“Perisa kelapa yang halus dengan pandan yang digunakan sebagai asas adalah bijak kerana ia melengkapkan inti.

“Inti sambal tidak terlalu pedas, kacang goreng dan ikan bilis memberikan elemen tekstur yang hebat serta sentuhan aroma yang diperlukan serta dapat mengingatkan kita bahawa kita sedang menikmati kek keju yang diilhamkan oleh nasi lemak.

“Ini bukan ‘kek’ yang dimasak dengan nasi dalam acuan kek, ini betul-betul kek keju nasi lemak, sebuah pencuci mulut (dessert)! Sangat genius!” katanya.

Kek Keju Nasi Lemak

Berikut antara pujian-pujian lain daripada penduduk Australia:

“Oh wow, saya perlu cuba ini,” kata Warren.

“Ini sangat unik! Saya mahu cuba,” kata Nhatella.

Wow, saya tidak pernah lihat,” kata Mina.

Sumber: Malaysiakini 

Baca juga: Rezeki Berganda Dari Tuhan, Zahnita Terima Tempahan 3,000 Biji ‘Zahnita Humble Pie’ Dari Orang Ramai

tags: | |