Sebut sahaja kedai dessert yang popular di Malaysia, antara kedai yang menjadi bualan di Malaysia adalah kedai Suka Dessert.
Jenama pencuci mulut yang tular dengan menu berasaskan coklat di media sosial itu hanyalah perniagaan dari rumah pada awalnya.
Menurut pengasasnya, Siti Hajar Mohd Razali, 37, idea untuk memperkenalkan Suka Dessert bermula selepas minatnya yang mendalam terhadap pencuci mulut berasaskan coklat, selain gemar ke kedai pencuci mulut apabila tiba hari gaji.
Terbaharu, nama Suka Dessert menjadi perbualan ramai apabila menu baharu itu menjadi perdebatan di antara warga maya kerana harga Aiskrim Suka Dessert yang mencecah RM18.
Tetapi, peniaga menjelaskan sebab mengapa harga Ais Krim Suka Dessert diletakkan dengan harga sedemikian.
Ini kerana, aiskrim tersebut mempunyai 3 lapisan yang terdiri dengan brownies, coklat cair dan aiskrim.
“3 phase aiskrim RM18. Kenapa mahal? Kenapa 3 Phase? Sebab, ada 3 lapisan. Dalam cone terdapat brownies, melt choc dan aiskrim. Darlings wajib rasa dahulu baru jugde tau” – kata peniaga Suka Dessert terbabit.
Melihat kepada komen orang ramai, harga aiskrim berkenaan mencetuskan perdebatan orang ramai di media sosial.
Ada yang setuju bahawa
Sumber: Suka Desserrt
Baca juga: “Nasi Lemak Mendunia” – Kedai Di Australia Perkenal Kek Keju Nasi Lemak, Tarik Perhatian Orang Ramai