Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Katering Refund Semula Wang Pelanggan Termasuk Deposit Kerana Batal Pertunangan Secara Tiba-Tiba, Dapat Pujian Ramai

Katering Refund Semula Wang Pelanggan Termasuk Deposit Kerana Batal Pertunangan Secara Tiba-Tiba, Dapat Pujian Ramai

Kategori: ,
katering refund

“Kita hanya mampu merancang, Tuhan menentukan.”

Kebiasaannya, ayat berkenaan digunakan sebagai pegangan dalam hidup agar percaya bahawa perancangan Tuhan adalah terbaik. Tambah lagi, bila seseorang ditimpa musibah.

Dan di dalam musibah berkenaan, Tuhan mengirimkan manusia-manusia yang meringankan beban kita.

Katering Refund Semula Wang Pelanggan Termasuk Deposit Kerana Batal Pertunangan Secara Tiba-Tiba, Dapat Pujian Ramai

katering refund

Seperti kisah yang terjadi baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok apabila syarikat katering dikenali sebagai Juq Kitchen (@juqkitchen) yang berlokasi di Melaka berkongsi kisah sebuah keluarga yang terpaksa membatalkan majlis perkahwinan anaknya.

Menurut Juq Kitchen, pihak lelaki telah memutuskan pertunangan sekaligus menyebabkan majlis perkahwinan yang bakal berlangsung lagi dua minggu itu terpaksa dibatalkan.

“Maaf puan terpaksa cancel katering. Pihak lelaki batalkan pertunangan. Nanti puan bagi nombor akaun (bank) katering,” kata pelanggan tersebut.

katering refund

Berasa kesal dengan nasib yang menimpa belah perempuan itu, pihak katering berkata mereka akan memulangkan semula bayaran awal dilakukan termasuklah deposit untuk pakej terbabit.

“Perkara yang tidak dijangka akan berlaku. Barang-barang untuk masak katering pun belum beli. Kita refund 100% pembayaran kepada pelanggan.

“Insya-Allah siapa pernah berurusan dengan kami mesti tahu. Kami akan pulangkan segala deposit yang telah dibuat sekiranya tidak jadi ambil katering dari kami,” jelas syarikat terbabit.

Pihak Katering Belum Beli Barang Mentah

Walaupun hari majlis sudah hampir tiba, namun pihak katering menjelaskan mereka belum lagi menempah barang-barang mentah daripada pembekal. Di akhir perkongsian, syarikat berkenaan turut mendoakan agar urusan sebelah perempuan dipermudahkan.

“Semoga Allah beri ketenangan kepada keluarga puan dalam menghadapi ujian ini,” ujar Juq Kitchen.

Ramai Puji Tindakan Murni Pihak Katering Kerana Tidak Berkira Dalam Bisnes

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai memuji tindakan pihak katering kerana berhati mulia untuk memberikan semula bayaran dikenakan kepada pelanggan yang terkesan itu.

“Syukur masih ada katering macam ni yang faham situasi dan permudahkan urusan. Jujur dan ikhlas dalam bisnes. Semoga terus maju,” kata seorang warganet.

Malah, ramai juga berkata sikap murni pihak katering sedikit sebanyak akan membantu keluarga sebelah perempuan yang kini dilanda ujian.

“Alhamdulillah, ringan beban pihak pengantin perempuan. Ada ujian Allah bagi, ada hikmah Allah limpahkan terutama pihak tuan yang sudi refund pembayaran. Saya orang luar pun rasa terhutang budi dengan sikap katering seperti tuan,” ujar seorang wanita.

Sumber: Buzzkini

Baca juga: Peniaga Makanan RM3 Ini Kesal Masih Ada Pelanggan Minta Caj Lalamove Percuma Walaupun Harga Jualan Sudah Murah

tags: |