Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » KPDN Buat Lawatan Mengejut Ke Gerai Satay Bhalut RM24.90 Mark Adam Raih Perhatian Ramai

KPDN Buat Lawatan Mengejut Ke Gerai Satay Bhalut RM24.90 Mark Adam Raih Perhatian Ramai

Kategori: ,

Baru-baru ini, Mark Adam terpalit dengan tuduhan yang mengatakan bahawa dia menjual hidangan sate dengan harga yang mahal.

Susulan hal itu, dia sudah menjelaskan tentang harga yang dikenakan mengikut harga pasaran dan harga modal.

KPDN Buat Lawatan Mengejut Ke Gerai Sate RM24.90 Mark Adam Raih Perhatian Ramai

Terbaharu, jualan Sate Bhalut Mark Adam mendapat perhatian sekali lagi apabila KPDN membuat satu lawatan ke gerai satenya untuk memeriksa tentang penjualan tersebut.

Gerai sate Mark di salah satu festival makanan mendapat ‘lawatan mengejut’ dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Malaysia (KPDN) dan penyanyi tersebut tidak menjangka serta terkejut dengan lawatan berkenaan.

“Saya tidak berada di sana, tetapi saya dimaklumkan oleh salah seorang pekerja saya tentang kehadiran mereka (KPDN) yang berada di sana untuk menyiasat harga. Bahan-bahan premium, seperti daging lembu dan kambing adalah dari New Zealand.

Mark Adam Tidak Risau, Bagi Kenyataan Fakta

“Saya telah menjelaskan segala-galanya, jadi saya tidak risau langsung,” jelas Mark Adam.

Menurut Mark Adam, dia kini merancang untuk menghasilkan menu yang lebih murah bagi membolehkan pelanggan untuk membeli sate miliknya. Bagaimanapun, beliau tidak banyak mendedahkan menu yang mungkin dihasilkan.

Sumber: Mark Adam & Vocket

Baca juga: Harga Sama Bagi Orang Tempatan & Pelancong, Kedai Durian Enggan Naikkan Harga Jualan Kepada Pelancong Raih Pujian Ramai

tags: |