Jika menyebut tentang dendeng Khairul Aming, pasti yang dinyatakan pengguna adalah tentang rasa yang sedap dengan kualiti terbaik dan juga harga yang berpatutan.
Tetapi baru-baru ini, seorang wanita telah berkongsi tentang ketahanan paket pembungkusan Khairul Aming yang didapatinya tidak terbakar apabila terkena api.
Berdasarkan perkongsian tersebut, dia menceritakan bahawa rumahnya terbakar dan antara barang yang tidak dimamah api adalah Dendeng Nyet Berapi Khairul Aming.
Menerusi gambar yang dikongsikan, keadaan pek dendeng nyet berapi masih dalam dalam keadaan baik dan hanya kelihatan kesan seperti habuk dari kesan terbakar yang melekat padanya.
Wanita itu dengan berseloroh mengatakan “kalis api betul dendeng khairul aming ni” kerana masih berada dalam keadaan baik walaupun keadaan rumah asal sudah mengalami kebakaran.
Gambar yang dikongsikan itu langsung menjadi perbualan hangat di mana meraih lebih 100,000 jumlah tontonan dan rata-rata netizen memuji packaging dendeng nyet berapi keluaran pempengaruh terkenal itu yang tahan lasak dan berkualiti.
Selain ramai berseloroh kemungkinan gambar api pada pakej tersebut menjadi sebab kalis api dan meminta KA untuk memberi bantuan kerana sudah memberikan maklum balas yang luar biasa berkenaan produknya.
Untuk makluman, sebelum ini Khairul Aming turut menyatakan kini beliau fokus dalam pembangunan produk ketiga yang akan dilancarkan pada tahun hadapan.
Beliau turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada orang ramai yang memberikan sokongan kepada perniagaan yang dijalankan selama ini.
Difahamkan 2025 merupakan tahun yang ke-5 perniagaan beliau beroperasi. Malah, kedua-dua produknya juga sudah memiliki sijil halal yang diiktiraf oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK).
Sumber: Vocket
Baca juga: Lewat 2 Jam Diberi Makanan, Penyanyi Terkenal Indonesia Kunto Aji Puji Malaysian Airlines