Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Peniaga Ini Jual Ayam Goreng RM1, Harga Jualan Murah Cetus Perdebatan Ramai

Peniaga Ini Jual Ayam Goreng RM1, Harga Jualan Murah Cetus Perdebatan Ramai

Kategori: ,
ayam goreng RM1

Melihat kepada harga jualan ayam goreng ketika ini, ia dijual antara harga RM2-RM4 bagi seketul ayam goreng. Bergantung kepada cara masakan dan jenama yang dijual.

Tetapi, lain dengan seorang peniaga yang masih mengekalkan harga jualan ayam goreng semurah RM1 sehingga menjadi bualan ramai.

Peniaga Ini Jual Ayam Goreng RM1, Harga Jualan Murah Cetus Perdebatan Ramai

Menurut perkongsian video TikTok @ezlokal.food, ia memaparkan seorang lelaki ‘menceduk’ ayam goreng pelbagai perisa ke dalam bakul yang disediakan.

Menjengah ruangan komen video tersebut, ramai netizen yang berkongsi pandangan peribadi mengenai ayam goreng murah tersebut.

ayam goreng RM1

Majoriti mempersoalkan mengapa ramai peniaga tidak boleh ‘tiru’ peniaga yang menjual makanan itu pada harga satu ringgit sahaja.

Menurut laporan Vocket, bagi menjawab persoalan itu, warganet melontarkan pelbagai jawapan yang munasabah.

Ada ‘seni’ dalam menjual ayam goreng RM1

Harga makanan boleh dijual semurah itu apabila peniaga menjual secara volume. Oleh kerana ayam dipotong kecil-kecil, ia membuatkan pembeli akan membeli dalam kuantiti banyak.

Sekaligus sedikit sebanyak peniaga akan dapat kembali semula modal, dan mendapat keuntungan.

“Pendapat saya ayam satu ringgit ini memang murah tapi pelanggan tidak akan beli satu ketul. Paling-paling macam lelaki dalam video itu beli satu mangkuk.

“Daripada beli satu ketul dah RM6.50-RM7, jadi bila agak-agak 6 ketul ayam satu ringgit lagi puas, siap ada sos Korea lagi itu,” – kata netizen.

Dalam masa sama, lokasi juga memainkan peranan untuk menjual makanan itu pada harga satu ringgit.

Pelanggan Beli Dalam Kadar Yang Banyak, Seperti Konsep Kedai Eco RM2

ayam goreng RM1

Ayam goreng boleh dijual semurah itu sekiranya ia dijual menerusi gerai-gerai. Bagaimanapun sekiranya ayam goreng dijual di dalam kawasan pusat beli-belah, sudah pasti ia tidak dapat jual semurah itu kerana perlu mengambil kira kos-kos yang lain.

“Dia jual banyak. Dia main volume. Kalau kedai makan nak sediakan tempat duduk, sewa kedai dan macam-macam kos lain. Jangan samakan satu sama lain. kata netizen.

“Setiap tempat kos bahan mentah lain-lain. Lepas itu mereka (netizen) nak buat macam itu pun tengok tempat. Ada tempat pasar tani, pasar malam ramai orang ada tempat tak. Jadi kalau harga modal saja dah kasar lagikan keuntungan sedikit — senang cerita ikut tempat, penduduk, kos dan situasi.

“Yang ini dia ambik untung dari jualan kuantiti yang banyak, kena tengok pada kawasan tempat niaga dan masa niaga juga. Kalau pasar malam dan kawasan tu memang ramai baru peniaga berani buat macam ini,” kata netizen.

Sumber: ezlokal food & vocket

Baca juga: Siti Nurhaliza Berhajat Untuk Niaga Kuih Depan Rumah Pada Bulan Ramadan Ini, Rindu Nak Berniaga Macam Dulu-Dulu

tags: