Antara kopi lokal Malaysia yang telah menempah nama di luar negara dan menjadi kegemaran rakyat Malaysia sendiri adalah ZUS Coffee.
Jenama tempatan itu menyediakan pelbagai minuman kopi, teh dan juga makanan yang menjadi ‘syurga’ buat penikmat kopi khususnya.
Baru-baru ini, ZUS Coffee telah membuat satu pengumuman tentang kenaikan harga jualan ekoran kenaikan harga kopi dan juga koko coklat dalam masa 5 tahun ini.
Hal itu dibincangkan oleh orang ramai apabila satu hantaran dimuatnaik di media sosial (X) mencetus pertanyaan ramai.
Tapi dalam masa yang sama, ramai yang memuji tentang perkihdmatan pelanggan mereka yang bagus kerana ZUS tekah menerangkan satu per satu tentang sebab kenaikan harga dan menyebarkan hal itu melalui email pelanggan.
“ZUS hantar email explain kenapa naik 30 sen. Siap minta maaf sekali. Good customer service.”, kata hantaran yang telah dimuatnaik oleh @MohdNazif di ruang X.
Email berkenaan menyatakan bahawa kenaikan harga minuman ZUS Coffee naik sebanyak 30 sen adalah kenaikan harga biji kopi dan juga koko (coklat) yang naik dengan ketara.
Penerangan adalah seperti berikut
Sumber: ZUS Coffee