
Bila tiba sahaja bulan Ramadan, pasti jualan Roti John mendapat sambutan hangat kerana hidangan ini merupakan hidangan yang laku keras bila sahaja puasa tiba.
Roti John dijual dengan harga yang pelbagai mengikut saiz dan isi lauk yang diletak oleh peniaga.
Seperti Roti John yang dijual oleh The Fat Burger, menu Roti John yang dinamakan Roti John T20 itu ternyata unik dan lain dari yang lain.
Harga yang dijual untuk satu hidangan Roti John adalah RM70. Menu itu mencetus perdebatan ramai di kalangan netizen. Ada yang ingin mencubanya kerana teruja dengan Roti John tersebut.
Menerusi laman TikTok thefat.burger, peniaga tampil membuat penerangan untuk jualan Roti John T20 itu.
Katanya, Roti John T20 first in Penang itu mengandungi isi Pulled lamb yang enak dan didatangkan dengan kotak custome made khas.
Menurut peniaga, The Fat Burger juga mencampurkan sos istimewa yang menjadi kegilaan pelangganya – Sos Spicy Tomato Mayo dan caramelized onion yang dibuat khas istimewa.
Disaluti dengan cheese mozarella, Roti John T20 itu tular sehingga menjadi perdabatan ramai yang ingin cuba untuk tahu rasa gabungan bahan yang sebenar.
Video penuh = Roti John T20
Sumber: The Fat Burger