Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Ramai Tersentuh Lihat Keharmonian Malaysia Bila SJKC Sambut Hari Raya Dengan Meriah

Ramai Tersentuh Lihat Keharmonian Malaysia Bila SJKC Sambut Hari Raya Dengan Meriah

Kategori: ,
SJKC sambut Hari Raya

Malaysia adalah sebuah negara yang terdiri dari pelbagai kaum, agama dan bangsa. Ia menjadikan Malaysia sebagai negara yang harmoni dan aman damai kerana walaupun seseorang terlahir dalam agama dan bangsanya, mereka tetap boleh mempelajari kehidupan bangsa dan agama lain menjalani kehidupan.

Seperti video yang dikongsikan TikTok @atikah_tahar, majlis sambutan  Hari Raya itu itu diadakan di dewan besar Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) berkenaan.

Video pendek itu menunjukkan para pelajar duduk dalam barisan, sementara para guru pula menghidangkan pelbagai juadah di tepi mereka.

Ramai Tersentuh Lihat Keharmonian Malaysia Bila SJKC Sambut Hari Raya Dengan Meriah

SJKC sambut Hari Raya

Pada masa sama ada juga murid di atas pentas membuat persembahan bersama guru-guru mereka dalam kemeriahan SJKC sambut Hari Raya.

Kelihatan juga ada para guru dan murid-murid berbangsa cina juga tidak melepaskan peluang untuk berbaju melayu serta baju kurung pada hari itu

SJKC sambut Hari Raya mencuri tumpuan dan meraih pujian netizen yang ada pertama kali melihatnya di sambut di bukan di sekolah kebangsaan biasa.

SJKC sambut Hari Raya

Ramai gembira melihat keharmonian yang ditonjolkan oleh setiap para guru, pihak pengurusan, ibu bapa dan murid-murid dalam menjayakan majlis tersebut.

Sumber: Atikah Tahar

Baca juga: Sebak Lihat Pakcik Berbasikal Jual Ikan Tepi Jalan, Lelaki Ini Bantu Borong Semua

tags: |