
Usahawan Kieda Crepe atau nama penuhnya Siti Nur Khalieda Yusra menjadi perhatian warganet setelah terdapat individu tidak bertanggugjawab didakwa cuba menjatuhkan perniagaannya.
Menerusi hantaran di TikTok, memperlihatkan Kieda Crepe bertemu dengan seorang peguam untuk mengambil tindakan lanjut setelah maruahnya diperlekehkan.
Dalam pada itu, Kieda memberitahu kejayaan yang dimiliki sekarang bukan satu perjalanan yang mudah dan meluahkan rasa kecewa melihat terdapat segelintir manusia cuba menjatuhkannya.
Difahamkan, Kieda memulakan sistem ‘support vendor’ di kedainya yang memerlukan orang ramai membeli barangan vendor sebelum membeli produknya iaitu menu popular crepe.
Susulan itu, terdapat netizen yang mengkritiknya kerana mereka perlu menghabiskan sejumlah duit terlebih dahulu bagi mendapatkan produk utama.
Sumber: Kieda Crepe
Baca juga: Kari Ayam Dinobatkan Stew Terbaik Dunia, Jadi Kebanggaan Rakyat Malaysia