Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Laksa Penang Sedap Kuah Pekat Mengancam, Ini Dia Resipi Mudah Untuk Membuatnya

Laksa Penang Sedap Kuah Pekat Mengancam, Ini Dia Resipi Mudah Untuk Membuatnya

Kategori:

Laksa Penang ni jadi menu tarikan kat mana-mana pun. Menu legend. Kalau ada di kedai makan, biasanya kurang mengancam. Paling sedap, buat sendiri.

Cukup rasa masam, manis dan pedas bila makan laksa penang, kan? Daun kesum dan bunga kantan beri rasa segar dan beraroma. Anak-anak pun suka. Yang tak makan ikan pun jadi makan ikan.

Letak laksa dalam mangkuk, letak timun, bawang merah dan tuang kuah Laksa Penang. Letak pula daun kesum dan telur rebus. Akhir sekali, perah limau kasturi. Pergh! Terpercik air liur.

Resipi Laksa Penang Padu

Bahan-bahan untuk direbus:

  • 1 kg ikan kembung
  • 5 keping asam keping
  • Air secukupnya

Bahan-bahan kisar (A):

  • 5 biji bawang merah
  • 1 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • Cili padi, buang tangkai
  • 25 biji cili kering, buang biji dan rebus

Bahan-bahan kisar (B):

  • Isi ikan kembung
  • Air rebusan ikan kembung
  • Asam keping dari rebusan ikan

Bahan-bahan kisar (C):

  • 1 tin kecil isi ikan sardin
  • Sedikit air

Bahan-bahan kisar (D):

  • Tulang ikan kembung
  • Sedikit air

Bahan-bahan kisar (E):

  • 1/2 biji nenas
  • Sedikit air

Bahan-bahan untuk sediakan kuah:

  • 1/2 liter air
  • Bahan-bahan kisar A,B,C,D,E
  • 1/2 mangkuk air asam jawa
  • 1-2 kuntum bunga kantan
  • 1 ikat daun kesum
  • Seketul belacan bakar
  • 2 sudu besar petis
  • Garam secukup rasa
  • 1 ketul kecil gula melaka

Bahan-bahan untuk laksa:

  • 1 pek laksa kering
  • Air secukupnya

Bahan-bahan taburan atas laksa penang:

  • Daun salad
  • Daun selom
  • Timun
  • Bawang
  • Cili padi
  • Cili merah
  • Limau nipis
  • Nenas
  • Telur rebus

Cara-cara penyediaan:

  1. Rebus ikan kembung bersama asam keping dan air secukupnya dalam anggaran 10 minit atau sehingga ikan masak dan kemudian sejukkan.
  2. Ambil ikan, asingkan bahagian isi dan tulang. Simpan air rebusan dan asam keping.
  3. Kisar halus bahan-bahan A,B,C,D,E. Untuk Bahan D, tapis dan ambil airnya sahaja.
  4. Masukkan 1/2 liter air dalam periuk dan masak hingga mendidih.
  5. Masukkan bahan kisar halus A,B,C,D,E.
  6. Tambah air asam jawa, bunga kantan, daun kesum, belacan bakar, petis, garam dan gula melaka secukup rasa.
  7. Cara-cara untuk rebus laksa:
    1. Rendam laksa dalam air sehingga lembut.
    2. Tapis dan masukkan ke dalam periuk yang sudah mengandungi air mendidih secukupnya. Masak sehingga laksa lembut dan tapis.
  8. Cara-cara untuk bahan taburan:
    1. Hiris nipis daun salad atau daun selom, timun, bawang besar, cili padi, cili merah dan nenas.
    2. Rebus telur, kupas kulit dan belah 2.
    3. Potong limau nipis.
    4. Laksa sedia untuk dihidangkan.

Baca juga: Ini Dia Resepi Laksa Goreng Yang ‘Viral’, Sangat Sedap! Yang Tak Pernah Cuba Wajib Cuba

tags: