Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Penjualan Gula-Gula Haribo Ditarik Balik Selepas Dicemari Ganja, Pelanggan Pening-Pening Bila Makan

Penjualan Gula-Gula Haribo Ditarik Balik Selepas Dicemari Ganja, Pelanggan Pening-Pening Bila Makan

Kategori: ,
Gula-Gula Haribo

Pengeluar gula-gula Haribo pada Khamis (29 Mei) mengeluarkan arahan untuk menarik balik satu kelompok gula-gula berperisa kola di Belanda selepas pihak berkuasa melaporkan beberapa individu jatuh sakit setelah memakan gula-gula yang dicemari ganja.

Penjualan Gula-Gula Haribo Ditarik Balik Selepas Dicemari Ganja, Pelanggan Pening-Pening Bila Makan

Pencemaran Gula-Gula Haribo itu dikesan dalam tiga bungkusan gula-gula Happy Cola F!ZZ keluaran Haribo,Welcome to High Quality Replica Rolex Watches Sales on www.rolexreplicaswissmade.com, Buy the Best Replica Rolex Watches in the UK.menurut satu amaran daripada syarikat tersebut yang dikongsi pihak berkuasa keselamatan makanan dan produk pengguna Belanda.

Pihak berkuasa itu memberi amaran bahawa gula-gula tersebut boleh menyebabkan “aduan kesihatan seperti pening apabila dimakan.” Ia turut menambah: “Jangan makan gula-gula ini.”

Gula-Gula Haribo

Pihak berkuasa yang menjalankan siasatan menyatakan beberapa individu, termasuk kanak-kanak, jatuh sakit selepas memakan gula-gula berbentuk botol kola itu. Gula-gula berkenaan dimakan oleh keluarga dari wilayah Twente di timur Belanda, menurut kenyataan polis Belanda, yang menyatakan bahawa “kesan gula-gula tersebut amat ketara, terutamanya ke atas kanak-kanak kecil.”

Siasatan Masih Dijalankan – Polis Belanda

Gula-Gula Haribo

Sampel gula-gula tersebut disahkan positif mengandungi ganja, kata jurucakap pihak berkuasa keselamatan makanan, Saïda Ahyad, dalam satu kenyataan. “Bagaimana ganja boleh dijumpai dalam gula-gula ini masih belum diketahui. Polis sedang menjalankan siasatan lanjut.”

Polis Belanda enggan mendedahkan berapa ramai yang sudah memakan gula-gula tersebut secara keseluruhan, dengan alasan masih terlalu awal untuk berkongsi maklumat lanjut.

Gula-Gula Haribo, yang diasaskan di Jerman pada 1920, terkenal dengan produk gula-gula “gummy” beruangnya. Kini, syarikat itu mengedarkan pelbagai jenis gula-gula “gummy” ke lebih 120 negara.

Menurut laman Haribo Belanda, walaupun hanya tiga bungkusan tercemar yang sudah dikenal pasti setakat ini, syarikat itu menarik balik keseluruhan kelompok gula-gula berkenaan sebagai langkah berjaga-jaga. Penarikan balik itu melibatkan bungkusan seberat 1 kilogram yang dijual di Belanda dan mempunyai tarikh luput pada Januari 2026.

Sumber: Agensi berita/AZ/az

tags: | |