Sebuah destinasi kulinari yang mengangkat warisan budaya, seni dan nilai kekeluargaan, Warung Jendela Kaseh dibuka secara rasmi dengan memperkenalkan konsep unik yang menggabungkan nostalgia, seni visual dan sajian tradisional Malaysia.
Diasaskan oleh Puan Hajjah Wan Rafidah binti Wan Ali, warung ini lahir daripada hasrat menghidupkan semula suasana warung tradisional sebagai tempat keluarga, jiran tetangga dan sahabat berkumpul.

Berpegang kepada aspirasi “Bukan Sekadar Rasa, Ini Kisah Kita”, WarungJendela Kaseh menyatukan generasi melalui kenangan, cerita dan nilai kebersamaan.
Konsep “Jendela” menjadi identiti utama melalui jendela-jendela klasik, lukisan suasana kampung, rumah tradisional dan dekorasi vintaj yang menghidupkan nostalgia.

Warung ini menawarkan pelbagai hidangan tradisional seperti Lontong Mak Lodeh, Nasi Kerabu Ayam Bakar, Mee Rebus Bandar, Soto Kampung, Mee Bandung, Laksa Johor, Laksa Terengganu, Asam Pedas, Gulai Kawah Daging serta Arabian Feast setiap hari Khamis.
Dengan harga bermula RM4.50 hingga RM16.90, setiap hidangan disediakan menggunakan bahan-bahan segar dengan penekanan terhadap rasa autentik layanan mesra dan suasana yang selesa.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Dato’ Muhammad Nasir bin Haji Hamzah, Pengerusi Bersama Kumpulan Media Karangkraf.

Menurut Puan Hajjah Wan Rafidah binti Wan Ali, makanan mempunyai kuasa untuk menyatukan insan dan setiap pelanggan diharap membawa pulang pengalaman yang mengingatkan mereka kepada keluarga, kampung halaman dan detik-detik indah yang pernah dilalui.
WAKTU OPERASI:
🗓️ Isnin – Sabtu
⏰ 7.00 pagi – 6.00 petang
Facebook: Warung Jendela Kaseh
Instagram: @warongjendelakaseh
Threads: @warongjendelakaseh
TikTok: @warungjendelakaseh