Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Hotel Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hidangkan Bufet Makan Malam Mediterranean Seafood & Hidangan Istimewa Sempena Kemerdekaan Nanti

Hotel Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hidangkan Bufet Makan Malam Mediterranean Seafood & Hidangan Istimewa Sempena Kemerdekaan Nanti

Kategori: ,

Berita menarik! Hotel Sheraton Imperial Kuala Lumpur menjemput para pengunjung untuk menikmati pengalaman kulinari yang istimewa menerusi promosi bufet makan malam ‘Wave & Grill’ – sebuah sajian yang menggabungkan cita rasa Mediterranean yang kaya dengan hasil laut segar dalam satu pengalaman menjamu selera yang mengasyikkan.

Hidangkan Hidangan Seafood Buffet Dinner Gaya Mediterranean, Wave & Grill Dengan Harga Berpatutan!

Bufet yang ditawarkan untuk tempoh terhad di Restoran Essence ini meraikan hidangan Mediterranean yang penuh dengan kehangatan, menampilkan pelbagai pilihan pembuka selera yang disediakan segar, salad berwarna-warni, roti artisan, hidangan istimewa panggang, hidangan utama yang mengenyangkan serta pencuci mulut buatan sendiri.

Tarikan utamanya ialah Stesen Panggang Hasil Laut Segar (Live Seafood Grill Station), di mana para tetamu boleh memilih sendiri hasil laut kegemaran mereka – daripada udang, kupang dan ikan segar hinggalah kepada pelbagai hidangan laut lain – serta menyaksikan sendiri para cef memanggang setiap hidangan dengan sempurna.

Konsep menjamu selera yang interaktif ini membolehkan setiap hidangan dimasak segar mengikut cita rasa individu, sekali gus mewujudkan pengalaman menikmati hasil laut yang unik, asli dan sukar dilupakan.

Sama ada makan-makan bersama keluarga, rakan, mahupun sesiapa, para tetamu boleh menikmati sajian penuh cita rasa hebat dalam suasana elegan hotel. Bufet Makan Wave & Grill ini ditawarkan pada harga RM178 seorang, setiap hari Jumaat dan Sabtu bermula jam 6.30 petang.

Hidangan Meraikan Hari Kemerdekaan Menarik, Hanya Di Hotel Sheraton

Tidak lupa juga, sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-69 pada 31 Ogos 2026, pihak hotel turut memperkenalkan pengalaman menjamu selera bertemakan Merdeka.

Para tetamu boleh menikmati sajian ‘In-Tea-Pendence Hi-Tea’ di Pavilions Lounge yang ditawarkan mulai sekarang sehingga 30 September 2026 pada harga RM178 bagi setiap set untuk dua orang. Ia tampilkan pelbagai hidangan manis dan savory ilham tempatan dengan sentuhan kontemporari.

Bagi sambutan yang lebih meriah, Merdeka Buffet Dinner: ‘Flavors of Malaysia’ akan ditawarkan pada harga RM178 seorang pada 28, 29 dan 30 Ogos 2026. Menampilkan pelbagai hidangan kegemaran rakyat Malaysia serta sajian antarabangsa.

Sebagai pelengkap sambutan, tetamu yang lahir pada 31 Ogos boleh menikmati bufet ini secara percuma – setiap seorang dewasa yang membuat bayaran, menjadikannya pilihan ideal untuk meraikan hari lahir sambil memperingati Hari Kemerdekaan Malaysia.

Alamat: Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur

Nombor telefon: +60 3-2717 9900

tags: | |