Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Sotong Masak Kicap Sepantas Kilat, Memang Terbaik!

Resepi Sotong Masak Kicap Sepantas Kilat, Memang Terbaik!

Kategori:

Nak masak tapi malas nak tunggu lama kat dapur? Hah Sotong Masak Kicap la jawabnya. Tak payah pakai banyak bahan, guna je bahan sedia ada kat dapur. Campak-campak je okay dah siap.

Nak lagi best kena guna sotong yang fresh dan lepas tu makan dengan nasi putih, rasa dia memang power lain macam! Confirm lepas ni anak-anak asyik mintak je.

Boleh tengok resipi yang lengkap kat bawah ni ye.

Resepi Sotong Masak Kicap Confirm Sedap

Bahan-bahan:

  • 500 gram sotong (dihiris)
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1 bawang merah (dihiris)
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 biji cili merah
  • 1 biji cili hijau
  • 3 sudu besar air asam jawa
  • 4 sudu besar kicap masin
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • 1 sudu kecil lada hitam

Cara-cara Penyediaan:

  1. Campurkan sotong bersama kunyit dalam mangkuk, gaul rata.
  2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau. Masukkan sotong.
  3. Masukkan cili merah, cili hijau, kicap masin, air asam jawa, garam, gula dan lada hitam. Renehkan seketika.
  4. Siap untuk dinikmati.
  5. Hidangkan bersama hirisan daun bawang untuk sedikit kesegaran!

Lihat juga: Ini Dia Resepi Rahsia Maggi Sotong Yang Sedap, Nikmat Sangat Kalau Masak Sendiri Boleh Makan Sepuasnya!

tags: