Spaghetti Aglio Olio, pasta yang sangat sedap dengan udang, olive oil, bawang putih dan chili flakes. Resipi ni sedap macam restoran Itali tau.
Bahan utama dalam resipi kali ni adalah minyak zaitun dan bawang putih. Tambah pula dengan chili flakes, bagi rasa pedas sikit sesuai dengan tekak Melayu.
Rasa yang cukup la yang buat resipi ni jadi lagi sedap dan kualiti tip top macam makan kat luar. Tapi sebab covid kita masak je kat rumah lagi best!
Cara Masak Spaghetti Aglio Olio
Bahan-bahan:
- 1 periuk air
- 1/4 cawan garam
- 400 gram spagheti
- 1/2 cawan minyak zaitun
- 10 ulas bawang putih (dihiris nipis)
- 2 sudu besar cili flakes
- 1 sudu besar daun parsley
- Lada hitam secukup rasa
- 8 ekor udang
- 1 cawan sotong (dipotong)
- 3 sudu besar keju parmesan
Cara-cara Penyediaan:
- Rebuskan 1 periuk air, dan masukkan 400 gram Spaghetti dan 1/4 cawan garam. Rebus selama 7-8 minit dan tapiskan. Simpan sedikit air rebusan untuk digunakan kemudian.
- Dalam kuali yang sejuk, masukkan 1/2 cawan minyak zaitun dan 10 ulas bawang putih yang telah dihiris. Masak menggunakan api kecil selama 10 – 15 minit.
- Masukkan 8 ekor udang dan 1 cawan sotong. Masak selama 1 minit. Masukkan sedikit air rebusan spaghetti.
- Masukkan 1 sudu besar daun parsley, 2 sudu besar cili flakes dan lada hitam secukup rasa. Masak seketika.
- Masukkan Spaghetti, gaul sehingga kuah rata. Masukkan 3 sudu besar keju parmesan, gaul sehingga rata.
- Spaghetti Aglio Olio Seafood sudahpun siap untuk dinikmati! Lebih berperisa dan murah daripada yang di kafe.
Untuk keterangan lebih lanjut, tonton video ini !!!
Baca juga: Rahsia Buat Sos Spaghetti Homemade Lebih Sedap, Patutlah Viral Sampai 3K ‘Shares’!