Resepi kali ini ialah biskut sarang semut. Mesti ramai yang suka makan biskut ini kan. Biskut ini tidak semestinya dimakan untuk hari raya sahaja, tetapi hari lain pun boleh. Jadi kami kongsikan untuk anda resepi biskut sarang semut.
Bahan-bahan:
- 500g Mentega
- 200g Gula Aising
- Esen Vanila (2 Sudu Kecil)
- Kuning Telur (2 Biji)
- 500g Tepung Gandum
- 200g Tepung Jagung
- 100g Tepung Kastard
- Coklat Urai (Hiasan)
Cara-cara:
- Pukul mentega dan gula aising sehingga sebati.
- Masukkan kuning telur dan esen vanila. Pukul lagi.
- Masukkan tepung gandum, tepung kastard dan tepung jagung.
- Pukul sebati.
- Gaulkan doh dengan tangan.
- Kemudian, parutkan doh.
- Isikan parutan doh ke dalam cawan kertas (susun di atas dulang pembakar).
- Taburkan sedikit coklat urai.
- Masukkan ke dalam oven (bakar pada suhu 150C selama 30 minit).
- Sedia untuk dihidangkan.
Selamat mencuba!
Lihat video di bawah