Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Serawa Durian & Pulut Kukus Manis Berlemak, Ini Dia Resipi Special Membuatnya

Serawa Durian & Pulut Kukus Manis Berlemak, Ini Dia Resipi Special Membuatnya

Kategori:

Serawa Durian ni sedap dimakan bersama serabai, apam beras, roti jala dan juga pulut kukus. Kalau nak cepat cicah roti pun cun sangat la.

Tiada resipi yang khusus untuk serawa durian ni semua ikut citarasa sendiri tapi paling penting mestilah ada dua bahan utama iaitu durian dan santan yang bagi rasa manis berlemak.

Rugi tak cuba resipi ni tau. Boleh hidang waktu minum petang nanti ya.

Bahan-bahan untuk serawa durian:

  • 1 mangkuk santan cair
  • Isi durian (dari 1 biji durian)
  • 2 helai daun pandan
  • 1/2 cawan gula putih
  • Sedikit gula melaka
  • Garam secukup rasa
  • 1 mangkuk santan pekat

Bahan-bahan untuk pukut kukus:

  • 500g pulut
  • 1 mangkuk kecil santan
  • Sedikit garam

Cara Penyediaan:

  1. Cara-cara untuk serawa durian:
    1. Masukkan ulas durian bersama bijinya, santan cair dan daun pandan di dalam periuk. Masak sehingga isi durian hancur dan menjadi kuah yang pekat sebati.
    2. Masukkan gula pasir, gula melaka dan garam.
    3. Teruskan didih di atas api yang perlahan dan kacau sebati kemudian masukkan pula santan pekat.
    4. Tambahkan sedikit air jika kuah terlalu pekat. Angkat dan hidangkan bersama pulut kukus.
  2. Cara-cara untuk pulut kukus:
    1. Rendam pulut selama beberapa jam (anggaran 2-3 jam).
    2. Panaskan kukusan dan kukus pulut selama 15-20 minit. Angkat pulut dari kukusan dan masukkan ke dalam mangkuk.
    3. Bancuh santan cair bersama garam.
    4. Tuangkan santan cair kedalam pulut yang panas tadi dan tutup dengan kain. Rehatkan seketika supaya pulut menyerap kuah santan.

Baca juga: Resepi Pengat Pisang Dengan Sagu. Pencuci Mulut Yang Klasik, Simple Dan Sedap. 30 Minit Dah Boleh Siap!

tags: |