Begedil, ada begedil kentang dan ada juga begedil tempe. Begedil kentang memerlukan anda untuk goreng atau rebus kentang terlebih dahulu. Tetapi, begedil tempe tidak memerlukan itu semua. Senang bukan untuk menyediakannya.
Bahan-bahan:
- 2 keping tempe
- 2 biji telur
- 1 pokok daun bawang
- Sedikit hirisan bawang besar
- 2 ulas bawang putih – tumbuk
- 2 biji cili hijau – hiris
- Sedikit serbuk perasa/garam
Cara memasak:
- Patahkan tempe dan tumbuk hingga lumat.
- Gaulkan tempe bersama daun bawang, bawang besar, bawang putih, lada hijau, serbuk perasa dan sebiji telur. Gaul rata.
- Cubit doh dan kepalkan ikut saiz yang dikehendaki. Simpan seketika dalam peti sejuk bagi mengelakkan bergedil hancur semasa digoreng.
- Pecahkan sebiji lagi telur dan pukul sedikit. Celup bergedil tadi dan goreng menggunakan api kecil hingga garing.
- Bergedil siap dimasak dan sedia untuk dinikmati.
Selemat menikmati. Untuk memudahkan anda, video di bawah ada tunjukkan cara untuk membuatnya.