Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cara Masak Mee Hailam Kuah Pekat Banjir, Serious Sedap!

Cara Masak Mee Hailam Kuah Pekat Banjir, Serious Sedap!

Kategori:

Tengok je Mee Hailam mesti terliur kan? Santapan mee hailam ni meriah sebab ada macam-macam. Ada isi ayam, seafood dan pelbagai jenis sayur-sayuran. Colourful sangat!

Nak lagi special, kuah kasi pekat warna gelap sikit okay cun! Kalau suka mee hah sesuai sangat guna resipi dari Che Nom. Confirm jadi resipi anti gagal.

Tunggu apa lagi, jom tengok resipi lengkap di bawah ya.

Resipi Mee Hailam Kuah Pekat

Bahan untuk Mee:

  • Sedikit air
  • 1 pek /450g mee kuning

Bahan-bahan untuk Kuah:

  • Sedikit minyak
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang merah kecil
  • 1 sudu besar cili kisar
  • 1 ketul isi ayam, hiris kecil
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
  • 1/2 batang karot
  • Batang sayur sawi
  • 2 keping fishcake
  • 3 cawan air (anggaran)
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 4-5 ekor udang besar
  • Kicap manis secukupnya
  • 2 batang baby corn
  • 2 ekor sotong
  • Tepung jagung (bancuh dengan sedikit air)
  • 1 biji tomato, belah 6
  • Daun sawi
  • Garam secukup rasa

Cara Penyediaan Mee Hailam:

  1. Panaskan air dan celur mee kuning. Angkat dan toskan.
  2. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau dan masukkan cili kisar.
  3. Masukkan ayam dan serbuk lada sulah. Masukkan karot dan batang sawi dan kacau hingga sebati.
  4. Masukkan fish cake dan tambah air secukupnya. Masak sehingga mendidih.
  5. Masukkan sos tomato, sos tiram dan sos cili dan masak sehingga kuah mendidih.
  6. Masukkan udang dan kicap manis secukupnya.
  7. Masukkan sayur baby corn, daun sawi, tomato dan sotong.
  8. Tuang pula bancuhan tepung jagung dan didihkan sehingga kuah pekat. Perasakan dengan garam.
  9. Masukkan mee dan kacau hingga sebati.
tags: