Dengan hanya guna roti yang nak expired sebagai bahan utama, anda boleh hasilkan Puding Roti Coklat yang simple tapi delicious kat rumah je.
Puding roti versi coklat ni lembut dan part yang paling best, letak ais krim vanila untuk ‘final touch’ dan makan masa Iftar nanti. Tak terkata sedapnya!
Bukan itu sahaja, ada 7 bahan je yang perlu digunakan senang sangat la nak buat. Resepi ni confirm dapat memikat hati sesiapapun.
Cara Buat Puding Roti Coklat
Bahan-bahan:
- 1 loaf roti putih kecil (dipotong)
- 3 biji telur (dipukul)
- 400ml susu penuh krim
- 3 sudu besar gula pasir putih
- 1 sudu kecil esen vanila
- 1 cawan semi-sweet chocolate (dicincang)
- Ais krim vanila (topping)
Cara-cara Penyediaan:
- Untuk adunan, pukul telur bersama susu, gula dan esen vanila hingga sebati di dalam mangkuk.
- Di dalam non-stick baking pan, masukkan roti putih dan tabur coklat.
- Masukkan adunan. Kemudian, tekan roti menggunakan spatula untuk serapkan roti dengan adunan.
- Bakar pada suhu 210°C selama 45 minit.
- Letakkan ais krim vanila sebagai topping.
- Puding Roti Coklat dah siap!
Lihat juga: Jom Cuba Buat Puding Roti Gardenia Karamel, Memang Buat Air Liur Meleleh