Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cara Buat Popia Sira Krup Krap Garing, Wajib Cuba

Cara Buat Popia Sira Krup Krap Garing, Wajib Cuba

Kategori:

Siapa sini suka makan popia sira? Rasa manis dan krup krap krup krap garing memang legend la! Makan satu memang tak cukup. Tambah sedap lagi popia sira yang pedas rangup, nikmat betul.

Bukan sahaja bahannya senang untuk disediakan, intinya juga boleh dipelbagaikan. Boleh guna inti sayur yang segar. Nak pakai isi udang, ayam atau daging pun boleh sangat.

Waktu pandemik sekarang, susah nak cari kuih ni yang betul-betul sedap. Jadi, kami sediakan resepi di bawah untuk anda cuba di rumah ya.

Resepi Popia Sira Rangup Sedap

Bahan-bahan untuk inti:

  • 1/2 biji sengkuang
  • 1 biji karot
  • 3 ekor udang
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 biji bawang besar
  • 1 sudu besar serbuk pati ayam
  • 1 sudu besar sos tiram
  • Gula dan garam secukup rasa

Bahan-bahan untuk popia:

  • 1 bungkus kulit popia
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • Sedikit air

Bahan-bahan untuk sambal:

  • 2 sudu besar pes bawang merah dan bawang putih
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 4 sudu besar sos cili
  • 2-3 sudu besar gula
  • Sedikit garam

Cara Penyediaan:

  1. Cara-cara untuk popia:
    1. Ambil sekeping kulit popia. Sudukan inti popia dan balut dengan kemas.
    2. Gamkan bahagian hujung lipatan dengan bancuhan tepung/gam.
    3. Goreng sehingga kekuningan dan rangup. Angkat dan ketepikan.
  2. Cara-cara untuk popia sos sira pedas:
    1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah sehingga kekuningan.
    2. Masukkan cili kisar dan masak seketika sehingga pecah minyak.
    3. Masukkan sos cili, sos tiram dan gula. Masak sehingga kuah pekat dan perasakan dengan garam secukupnya.
    4. Apabila sos sudah masak, tuang popia goreng di dalam kuali dan kacau sos sehingga menyaluti semua permukaan popia. Pastikan popia digaul dengan cepat.
    5. Angkat dan susun di atas pinggan. Taburkan dengan bijan untuk hiasan.

Resepi lain yang menarik: Resepi Popia Goreng Hotdog, Kudap-Kudap Paling Senang Dan Sedap. 15 Minit Je Dah Boleh Siap!

tags: