Ini adalah senarai makanan sihat untuk kurus dengan mudah. Makanan ini dapat membantu anda untuk diet. Perempuan selalu takut dengan perkataan ‘gemuk’ kan. Haa, jangan risau lagi lepas ni. Cubalah makanan-makanan ini, gerenti berat badan anda akan kurang jika anda amalkannya.
Namun apa yang penting adalah kena konsisten berserta dengan semangat yang tinggi. Kalau setakat hangat-hangat tahi ayam memang tak berkesan.
Makanan Sihat Untuk Kurus Dengan Mudah
1. Sup
- Makanan yang tinggi kandungan air dapat mengurangkan pengambilan kalori yang berlebihan.
- Makanan ini juga akan membuatkan anda rasa kenyang dengan lebih cepat
- Dengan ini, anda akan kurangkan pengambilan nasi
2. Beras perang
- Beras perang dapat membuatkan berat badan anda berkurangan.
- Beras perang mengandungi 4% zat besi, 21% magnesium, 15% vitamin dan 3.5 gram serat untuk satu hidangan.
- Disyorkan kepada mereka yang ingin diet tetapi masih ingin memakan nasi.
3. Cuka epal
- Cuka epal berfungsi untuk membantu meningkatkan metabolisma badan selain dapat menurunkan berat badan dengan menurunkan paras gula dalam badan anda.
- Minum satu gelas air kosong dan satu gelas air kosong yang telah dicampur dengan satu sudu cuka epal. Minum setelah bangun tidur dan sebelum tidur.
- Cuka epal juga boleh dijadikan salad dressing
4. Madu
- Merupakan makanan sunnah yang mengandungi 1001 khasiat untuk kesihatan anda.
- Ia dapat dijadikan sebagai pengganti gula putih untuk kegunaan harian anda.
5. Yogurt
- Plain yogurt dapat menghalang rembesen hormon leptin yang merupakan penyebab utama masalah obesiti.
- Greek yogurt kaya dengan kandungan kalsium dan yitamin D.
- Ia dapat menghentikan hormon kortisol yang menyebabkan lemak melekat pada perut anda.
6. Telur
- Telur mengandungi choline yang dapat membakar lemak dalam badan.
- Antara pembekal sumber protein yang sangat bagus.
- Ada kajian yang membuktikan jika kita memakan telur di waktu pagi lebih cepat mengurangkan berat badan berbanding roti bagel.
- Dalam kuning telur sudah terdapat hampir kesemua nutrien yang diperlukan oleh badan.
7. Gula perang
- Rendah kalori berbanding dengan gula putih biasa.
- Pengganti kepada gula putih biasa kerana rasanya lebih kurang sama.
8. Kurma
- Merupakan makanan sunnah yang sesuai untuk dimakan ketika diet kerana ianya merupakan sejenis energy booster yang baik.
- Rendah kandungan gula dan kalori
- Sesuai untuk dimakan setiap pagi atau dijadikan jus.
9. Avokado
- Avokado mempunyai kandungan lemak sihat yang sama seperti apa yang terdapat dalam minyak zaitun.
- Dengan itu, buah ini dapat mempercepatkan proses penurunan berat badan anda.
10. Cili
- Cili dapat membantu mengawal selera makan serta dapat meningkatkan proses pembakaran lemak kerana ia mengandungi capsaicin.
- Capsaicin menjadi salah satu ramuan dalam makanan suplemen untuk diet.
11. Oat
- Oat diperbuat daripada whole grains yang mempunyai fiber yang tinggi dan ia dibakar secara perlahan (membuatkan anda kenyang dalam masa yang lama).
- Jika anda memakan oat tiga kali atau lebih dalam masa sehari, anda akan mengurangkan 10% lemak di bahagian perut anda jika dibandingkan dengan memakan nasi, pasta atau roti.
12. Salmon
- Ikan salmon kaya dengan kandungan protein iaitu omega-3 yang dapat membantu membakar lemak dalam badan anda.
- Protein dapat membina otot. Lebin banyak otot, lebih banyak lemak yang dapat dibakar.
13. Ubi keledek
- Ubi keledek mengandungi carotenoids yang merupakan sejenis antioksida yang akan menstabilkan kandungan gula dalam darah anda.
- Ia juga kaya dengan kandungan vitamin A, C dan B6.
- Ubi keledek akan membuatkan kita lambat lapar kerana ianya dicerna secara perlahan-lahan.
14. Coklat gelap (dark chocolate)
- Coklat ini dapat membantu membakar lemak dalam badan anda.
- Pastikan kandungan coklat itu ialah 70% koko.
- Sekiranya kurang dari 70% bermakna anda hanya memakan gula dan ianya akan meningkatkan berat badan anda.
15. Beri (blueberry, cranberry, strawberry)
- Merupakan buah antioksida.
- Buah beri ini juga dapat meningkatkan pengaliran darah ke bahagian otot selain dapat menghalang pembentukan lemak.
- Kandungan gula buah beri ini tinggi tetapi ianya tidak berbahaya berbanding gula putih biasa.
16. Almond
- Mengandungi asid amino L-arginine yang dapat membakar lemak dan karbohidrat.
- Pada tahun 2015, Journal of the American Heart Association mengatakan makan 1.5 ounces kacang almond setiap hari akan menurunkan lemak di perut dan peha.
17. Lemon
- Mengandungi D-limonene yang dapat mengeluarkan toksin dalam badan dan dapat melancarkan proses pencernaan.
- Selain daripada itu, ia dapat membuang lemak berlebihan yang terdapat dalam badan anda.
18. Kobis bunga
- Kobis bunga kaya dengan fitonutrien yang akan menghalang perumbuhan sel-sel kanser.
- Ia juga merupakan sumber vitamin C yang baik.
- Untuk memaksimakan kandungan antioksida yang terdapat dalamnya, elok jika dimakan mentah-menah, kalau tak boleh stimlah kobis bunga tersebut.
19. Saderi
- Saderi mampu membuatkan anda kenyang, walaupun ianya rendah kalori.
- Ia mengandungi folat dan vitamin A, C dan K.
- Saderi merupakan makanan ringan atau makanan tambahan yang baik.
20. Minyak zaitun
- Minyak zaitun mengandungi minyak sihat yang baik untuk kesihatan.
- Elakkan guna minyak zaitun untuk menggoreng makanan kerana ia mempunyai takat didih yang rendah.
- Apabila terlalu panas, ia akan bertukar menjadi bahaya.
21. Bayam
- Bayam merupakan sayur yang penuh tenaga kerana ianya mengandungi vitamin A, folate dan iron.
- Bayam menbuatkan kita kurang selera makan di samping dapat membantu proses penurunan berat badan.
22. Kulit kayu manis
- Kulit kayu manis dapat meningkatkan metabolisma badan anda dan dapat mengalakkan pembakaran lemak.
- Ia mengandungi polyphenols yang bertindak untuk meningkatkan tahap sensitiviti insulin, yang akan menstabilkan kandungan gula dalam darah.
23. Teh hijau
- Kaya dengan kandungan antioksida ECGC yang dapat meningkatkan tahap metabolisma badan.
- Selain itu, ia juga dapat mempercepatkan dan menyenangkan pembakaran lemak berlebihan dalam badan.
24. Chia seed
- Chia seed kaya dengan kandungan fiber, protein dan omega-3.
- Ia boleh mengurangkan selera makan dan memberikan tenaga , selain dapat meningkatkan hormon glukagon.
- Glokagon dapat membantu pembakaran lemak.
25. Walnut
- Walnut kaya dengan kandungan omega-3, sama seperti chia seed dan ikan salmon.
- Merupakan sumber lemak yang bagus dan baik.
26. Kopi
- Kopi dapat merangsang hormon adrenaline yang akan menghantar isyarat kepada otak agar membakar lemak simpanan yang terdapat dalam badan.
- Tetapi apabila kopi dicampur dengan susu, ia akan membantutkan proses penghapusan lemak.
- Kopi hitam pekat ialah kopi yang terbaik.
27. Pisang
- Pisang kaya dengan kandungan serat dan potasium.
- Ia dapat memberikan rasa kenyang yang lama kerana pisang ialah sejenis energy booster.
28. Roti wholemeal
- Jika berbanding dengan roti putih biasa, roti wholemeal lebih menyihatkan dan dapat membantu anda yang ingin kurus.
- Roti ini mempunyai indeks glisemik yang rendah, menjadikan ianya sesuai untuk dijadikan makanan diet.
29. Buah-buahan dan sayur-sayuran
- Buah-buahan dan sayur-sayuran dapat membantu melawaskan dan juga ia menjadi agen nyahtoksin untuk badan.
- Cara senang untuk diet ialah dengan memerah limau nipis pada makanan anda ketika anda makan.
- Dan juga, buatlah smoothies atau salad ataupun makan begitu sahaja.
30. Air masak
- Kurangkan minuman bergula dan banyakkan minum air putih.
- Kita memerlukan dalam 1L-2L air sehari.
- Air putih dapat membantu meningkatkan kesihatan badan selain merupakan makanan diet yang paling senang.
Inilah antara 30 jenis makanan sihat yang boleh membantu anda kurus. Anda tidak perlu untuk ambil ubat tambahan. Senang bukan? Apa lagi, jom la kita cuba.
Semoga bermanfaat!
Baca juga : Risau Anak Makan Makanan Proses, Ibu Ini Belajar Buat Nugget Ayam Homemade Yang Lebih Sihat & Selamat!