Daily Makan
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
No Result
View All Result
Daily Makan
No Result
View All Result

Lain Hidangan Masakan, Lain Cara Potong Bawang, Lelaki Ini Kongsi Tips Potong Bawang Sebenar

Cik Daun by Cik Daun
Disember 3, 2022
in Info, Tips Makanan
2 min read
0 0
0
cara potong bawang
0
SHARES
70
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Jika anda seorang yang cintakan akan seni masakan, pasti hal-hal yang dianggap remeh oleh sesetengah orang seperti memotong bawang pun diambil berat dan perhatian kan? Ia adalah hal yang bagus. Semamangnya, cara potong bawang dan jenis-jenis potong bawang akan berbeza dengan setiap hidangan berbeza.

BacaJuga

Ini 8 Petua Yang Anda Boleh Cuba Untuk Elak Mata Pedih Bila Potong Bawang, Gerenti Berkesan!

Ini 8 Petua Yang Anda Boleh Cuba Untuk Elak Mata Pedih Bila Potong Bawang, Gerenti Berkesan!

November 8, 2022
15
bawang lebihan

Bawang Lebihan Selalu Layu & Terpaksa Buang? Ikut Tips Ini Supaya Kekal Elok Hingga 4 Hari

Ogos 28, 2022
5

Lain Hidangan Masakan, Lain Cara Potong Bawang, Lelaki Ini Kongsi Tips Potong Bawang Sebenar

cara potong bawang

Perkongsian Mohammad Faeez tentang pemotongan bawang ini dikongsi di Twitter dan menjadi tular untuk rujukan orang ramai. Katanya sesetengah potongan tidak sesuai untuk sesetengah resepi. Jadi, dia telah menerangkan 9 jenis potongan bawang yang betul mengikut jenis hidangan mengikut nombor yang tertera di atas.

  • Potong

Potong maksudnya bawang akan dipotong secara melintang. Bermula dri potong akan menghasilkan potongan gegelung dan mayang.

  • Gegelung

Mula dari potong, dan diulang-ulang mengikut ketebalan yang dikehendaki. Potongan macam ni biasanya akan dipotong untuk hidangan masak kicap, masak merah dan hidangan yang seakan sama.

  • Mayang

Hirisan halus tetapi melintang, kebiasaannya untuk membuat bawang goreng atau ditumis.

  • Belah

Potongan secara menegak untuk menghasilkan potongan yang lainnya.

  • Baji

Juga disebut wedges dalam bahasa Inggeris. Biasanya potongan ini diguna untuk hiasan, seperti dalam sup atau kari dan sebagainya. Juga untuk kebab.

  • Hiris

Potongan nipis, halus secara menegak yang berulang-ulang. Untuk ditumis atau dibuat ulam atau rencah sambal, budu, cencaluk dan sebagainya.

  • Dadu

Biasanya untuk buat cekodok / jemput-jemput bilis atau bawang.

  • Dadi kecil / cincang kasar

Untuk tumisan nasi goreng, mi goreng dan sebagainya.

  • Cincang

Untuk perapan, tumisan dan sebagainya.

Penting ke potongan ni semua? Sesetangah resepi penting sebab lain cara potong boleh mempengaruhi rasa masakan dan tempoh memasak. Jadi kena teliti resepinya sebelum mula motong.

cara potong bawang

Info tambahan: Kalau kisar bawang, seboleh-bolehnya jangan tambah air kalau nak simpan bawang tu atau masak resepu yang terlalu berkuah. Letak minyak masak je sikit. Nanti tumis pun tak perlu pakai minyak banyak dah. Bawang pun boleh simpan lama dalam sebulan dua.

cara potong bawang

Selamat memasak! Semoga perkongsian cara potong bawang ini bermanfaat buat semua.

Sumber: Mohammad Faeez Harith 

Baca juga: Tips Masak Nasi Goreng Yang Ramai Tak Tahu, Simpan Dulu Dalam Peti Ais Boleh Rendahkan Gula! Ini Caranya..

Download Nulled WordPress Themes
Download Premium WordPress Themes Free
Free Download WordPress Themes
Download WordPress Themes Free
udemy course download free
download huawei firmware
Tags: Bawang Merahcara potong bawangpotong bawang
ShareTweetSend

Related Posts

teh tarik
Berita

Ini Dia Harga Teh Tarik Ikut Negeri, Dari Yang Paling Murah Hingga Ke Paling Mahal. Korang Yang Mana?

Februari 9, 2023
0
tips masak nasi goreng
Info

Wanita Ini Kongsi Tips Masak Nasi Goreng Supaya Tak Cepat Basi, Sampai Ke Petang Masih Lagi Elok & Sedap!

Februari 9, 2023
236
tips dan resepi ayam geprek extra spicy
Resepi

Tips Masak Ayam Geprek Berempah Extra Spicy Yang ‘Over’ Sedap & Mudah!

Februari 7, 2023
82
  • Hubungi
  • Pengiklanan
  • Privasi
  • Terma Web

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

No Result
View All Result
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist