Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Pengat Labu Manis

Resepi Pengat Labu Manis

Kategori:

Kali ini kami nak kongsikan satu resipi pencuci mulut iaitu pengat labu manis sedap yang mempunyai rasa manis dan lemak secukup rasa.

Kalau anda nak tahu, buah labu mengandungi rendah lemak, rendah kalori serta kaya dengan serat di samping membekalkan nutrisi seperti vitamin A, B, C, kalsium, karbohidrat, serat, potasium dan juga protein.

Jom kita tengok cara nak buat pengat labu manis yang sangat sedap ini.

Resipi Pengat Labu Rasa Manis & Berlemak 

Bahan-Bahan:

  • 1/2 biji labu
  • 1/2 cawan air
  • 2 sudu besar gula putih
  • 2 helai daun pandan
  • 1 mangkuk besar santan
  • 1/3 cawan gula melaka
  • 1/2 cawan sagu
  • 1/2 -1 sudu kecil garam

Cara Penyediaan:

  1. Rendam sagu dalam air dalam 15-30 minit. Tapis dan bilas dengan air.
  2. Kupas kulit labu, bersihkan dan potong kiub besar.
  3. Masukkan dalam periuk bersama air, gula putih serta daun pandan yang dicarik dan disimpul. Tutup periuk dan masak sehingga labu lembut.
  4. Masukkan santan, gula melaka, dan sagu yang direndam tadi. Pastikan api perlahan supaya santan tak berketul. Kacau-kacau sedikit kuah santan dan reneh sehingga mendidih.
  5. Perasakan dengan garam secukup rasa. Siap sedia untuk dihidang.

Baca juga: Resepi Pengat Pisang Dengan Sagu. Pencuci Mulut Yang Klasik, Simple Dan Sedap. 30 Minit Dah Boleh Siap!

 

tags: |