Kek butter merupakan kek yang sangat enak dan lazak dimakan ketika masih panas.
Boleh juga disimpan beberapa hari sebelum dimakan.
Kek ini amat lazat kerana rasanya yang moist, beminyak dan keharuman mentega yang digunakan. Wahh, amat lazat kan bunyinya, jom sama-sama mencuba resepi kek butter ni!
Bahan-bahan:
- Mentega (250g)
- Gula Kastor (150g)
- Ovalet (Setengah Sudu Besar)
- Telur (5 Biji)
- Esen Vanila (1 Sudu Teh)
- Tepung Naik Sendiri (200g)
Cara-cara:
- Pukul mentega dan gula sehingga gebu menggunakan mesin pemutar. Selepas itu, masukkan telur satu persatu dan pukul perlahan-lahan.
- Masukkan ovalet dan pukul sebati, kemudian masukkan esen vanilla dan pukul sebati.
- Masukkan tepung naik sendiri dan kacaukan seketika menggunakan senduk, kemudian pukul kembali menggunakan mesin pemutar sehingga sebati.
- Sapukan loyang dengan sedikit mentega dan kemudian letakkan kertas minyak(baking paper).
- Tuangkan adunan ke dalam loyang dan ratakan adunan.
- Masukkan ke dalam oven dan bakarkan dengan suhu 150C selama 45 minit.
- Potong kek ketika masih panas dan sedia untuk dimakan.
Selamat mencuba!
Klik dibawah untuk lihat video