Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tempat Makan » 20 Makanan Popular Rakyat Kelantan Yang Super Duper Sedap

20 Makanan Popular Rakyat Kelantan Yang Super Duper Sedap

Kategori:

Negeri Kelantan sebuah negeri yang terletak di bahagian Pantai Timur Semanjung Malaysia. Berhadapan dengan Laut China Selatan serta bersempadan dengan Thailand. Negeri ini terkenal dengan dengan jolokan nama Cik Siti Wan Kembang.

Seperti mana yang kita tahu Kelantan memang cukup terkenal dengan aneka makanannya yang sedap serta pelbagai. Jika anda berkunjung kesana jangan lepaskan peluang untuk mencuba makanan yang ada disana. Merasai pelbagai hidangan tradisi negeri Kelantan yang pastinya sedap dan tidak mengecewakan.

Berikut adalah antara makanan rakyat Kelantan :

1. NASI KERABU

Kelantan

Nasi yang bewarna biru, dihidangkan bersama sayur tauheg dan kubis mentah. Warna biru ini terhasial daripada bunga telang yang digunakan. Hidangan ini enak dimakan bersama ikan goreng, ayam bakar, ayam percik, daging bakar, solok lada, keropok, budu dan sambal cili.

2. NASI TUMPANG (TUPE)

Kelantan

Nasi ini mempunyai lapisan yang berbeza dan dibungkuskan didalam bentuk kon sebelum dihidangkan. Didalam hidangan ini isinya terdiri daripada telur, serunding, udang atau ikan, sos sambal manis dan timun. Nasi tumpang ini akan dibungkus menggunakan daun pisang. Setiap lauk akan diletak secara selang seli dengan nasi putih. Makan ini dahulunya merupakan makanan asas untuk petani di Negeri Kelantan untuk dibawa ke tempat kerja.

3. NASI DAGANG BERAS MERAH

Kelantan

Berbeza dengan Terengganu yang menggunakan beras putih biasa, nasi dagang Kelantan menggunakan beras dagang yang berwarna perang kemerahan. Nasi dagang ini dimakan bersama kuah nasi dagang yang dibuat dengan rempah khas ataupun dimakan dengan  gulai ikan tongkol dan irisan timun.

4. NASI KAK WOK

Kelantan

Nasi Kak Wok merupakan hidangan yang berasal dari negeri Kelantan. Ia cukup terkenal di kalangan penduduk tempatan yang begitu menggemari hidangan ringkas ini. Hidangan ini terdiri dari nasi putih, ayam goreng kunyit yang dipotong dadu, kuah gulai pekat dan juga sambal cili. Nasi Kak Wok ini telah diteruskan secara turun temurun kerana menggunakan resepinya yang tersendiri.

5. NASI ULAM

Nasi ulam pastinya ramai yang mengenalinya. Bagi yang tidak mengetahuinya, nasi ulam di Kelantan ,merupakan gabungan masakan Melayu, Thailand dan juga Indonesia. Hidangan ini terdiri daripada nasi putih yang dicampur bersama ulam – ulaman. Seperti daun kaduk, pucuk gajus, hirisan bawang dan banyak lagi. Selain itu, beberapa bahan lain seperti kerisik, rempah serta ikan goreng ditambah untuk menambah lagi keenakan hidangan ini.

6. BUDU

Budu merupakan sejenis sos ikan yang cukup terkenal di Kelantan. Budu boleh dikatakan antara hidangan kegemaraan rakyat Kelantan. Sos ini biasanya dimakan bersama nasi dan ulam-ulaman. Ia diperbuat daripada ikan bilis dan garam yang diperam sehingga memberikan rasa dan bau yang unik. Budu ini biasanya dicampurkan dengan hirisan bawang, cili serta perahan limau untuk menghasilkan rasa yang begitu menyelerakan. Ia sangat sesuai dimakan bersama ikan bakar dan juga ulam – ulaman menjelang makan tengahari.

7. LAKSA & LAKSAM

Seperti juga di Terengganu. Laksa dan laksam juga adalah antara makanan popular di Kelantan, hidangan ini biasanya dimakan pada waktu pagi. Untuk laksa dan laksam tiada perbezaan yang berbeza yang adalah laksam yang menggunakan mee gulung tepung beras yang dipotong. Manakala laksa menggunakan mee laksa yang biasa.

Kuahnya menggunakan isi ikan seperti ikan selayang dan kembung. Ia juga menggunakan santan dan beberapa bahan lain. Pebagai sayuran mentah seperti  kacang panjang dan taugeh dimakan bersama. Bagi menambah selera, sambal cili turut dimakan bersama.

8. PULUT PAGI

Pulut pagi adalah antara makanan yang dijual sebagai sarapan di Kelantan. Pulut ini  adalah salah satu makanan sarapan pilihan rakyat kelantan. Pulut yang rasanya manis manis digandingkan dengan rasa lemak lemak masin kelapa muda parut, memang sangat sedap.

9. AYAM PERCIK KELANTAN

Hidangan ayam percik merupakan salah satu makanan yang cukup popular di Malaysia. Namun, di negeri Kelantan, ayam percik ini ternyata agak berbeza. Mereka menggunakan kuah yang berwarna putih serta lebih pekat dan likat. Rasanya sangat lemak dan rasa bau arang yang dibakar. Ayam percik ini sangat sedap dimakan bersama nasi kerabu atau juga boleh dimakan begitu sahaja kerana memiliki keenakan yang tersendiri

10. NASI MANIS

Nasi manis atau dikenali sebagai wajik ini salah satu makanan Tradisional Negeri Kelantan. Nasi ini merupakan sejenis pulut yang rasanya agak manis dan kebiasaannya nasi ini di makan begitu sahaja tanpa lauk. Di Kelantan, nasi manis ini akan dibuat sebagai pencuci multu atau manisan untuk-untuk majlis perkhawinan atau pertunangan. Nasi manis ini juga mudah untuk didapati di Kelantan terutamanya di kebanyakkan warung yang menjual kuih muih pada waktu pagi.

11. ETOK SALAI

Etak atau turut dikenali sebagai Etok-Etok merupakan sejenis hidupan seperti kerang. Saiznya agak kecil dan etak ini biasanya dibakar atau disalai begitu sahaja. Rasanya yang masin dan berbau wangi serai memang sangat dimakan. Memang agak merumitkan nak makan etok ini kerana cengkaman cengkerangnya yang agak kuat kalau nak dibandingkan dengan kerang. Bagi yang tiada gigi, boleh cuba guna tukul.

12. KUIH AKOK

Kuih akok merupakan salah satu kuih taradisional yang sangat popular terutamanya pada bulan puasa. Terdapat lima jenis kuih akok antaranya ialah akok nisan, akok daun pandan, akok kemboja, akok berlauk dan akok pisang. Kebiasaannya, kuih akok ini boleh didapati dengan 2 warna iaitu perang dan hijau. Warna ini berlainan akibat dipengaruhi oleh kuantiti telur dan juag perisa daun pandan. Kuih akok ini asalnya daripada Pattani yang merupakan tempat yang berhampiran dengan Kelantan.

13. PULUT PANGGANG

Pulut panggang ini merupakan sejenis pulut yang mempunyai inti sambal ikan dan kemudiannya digulung dengan daun pisang. Selepas sudah selesai membalut, pulut panggang ini akan dibakar diatas bara api. Di Terengganu, pulut panggang ini di kenali sebagai pulut leppe namun yang bezanya pulut leppe berwarna seakan kelabu manakala pulut panggang berwarna merah keperangan dan lebih manis.

14. SIRA LABU

Sira labu merupakan salah satu pencuci mulut yang sangat poplar di Kelantan. Biasanya ia dimakan sebagai makanan santai pada waktu petang. Hidangan ini juga boleh dimakan bersama nasi putih. Kebiasaannya, sira labu ini boleh dijumpai di majlis perkahwinan dan merupakan sejenis menu wajib ada. Rasa sira labu ini agak manis dan menjadi simbolik negeri Kelantan yang menggemari makanan yang manis.

15. KUIH BUTIR NANGKA

Kuih Butir Nangka ini dibuat seperti pengat yang mempunyai kuah. Kuih ini merupakan salah satu kuih tradisional Kelantan dan juga Terengganu. Kuih butir nangka ini dibuat dengan menggunakan beras pulut,santan dan nisan (gula melaka).Untuk mendapat warna hijau, daun pandan akan dikisarkan tetapi pada masa kini, kuih butir namgka ini bukan sahaja menggunakan warna hijau malahan dibuat dengan pelbagai warna. Kuih butir nangka ini mempunyai rasa yang berlemak dan sedikit manis. Ianya digelar kuih butir nangka kerana bentuknya yang bulat dan saiznya seperti butir biji nangka.

16. PULUT TANAK GAUL NYOR (KELAPA)

Sejenis pulut tawar biasa yang digaul dengan isi kelapa putih dan ikan goreng / kering. Memang sangat sinonim di kampung – kampung di Kelantan dan Terengganu sebagai makanan sarapan pagi bersama secawan kopi ‘o’ panas.

17. KUIH BUAH TANJUNG

Kuih bunga Tanjung menggunakan telur dan tepung. Kuih ini akan disira bersama air gula yang ternyata agak manis. Kuih ini akan dibentukkan dengan bentuk seperti titisan air yang berwarna kuning. Ia juga boleh dibentukkan dengan rekaan lain mengikut kesesuaian serta citarasa pembuat kuih ini.

18. KERABU SAREA

Hidangan ini merupakan sejenis makanan yang  terdapatnya rumpai-rumpai laut. Rumpai-rumpai laut ini boleh dimakan dengan nasi. Bahan yang ada didalam kerabu sarea ini ialah rumpai laut bersama dengan sambal tumis,santan dan isi ikan. Walaupun ianya merupakan sejenis kerabu, tetapi ia merupakan sejenis kerabu yang agak leceh untuk dibuat kerana memerlukan bahan-bahan yang agak banyak dan juga perlu dimasak kerana terdapatnya santan dan isi ikan.

19. MEE CHAMBOL

Jika anda mengunjungi satu daerah di Kelantan iaitu Pengkalan Kubor, Tumpat yang bersempadan dengan Thailand. Mee Chambol adalah makanan sangat terkenal disana. Makanan ini merupakan mee yang bersup dan dicampurkan dengan bebola seafood dan mee yang digunakan pula kebiasaanya ialah mee kuning,mee hoon dan mee patthai. Mee patthai merupakan sejenis mee yang popular di Thailand.

tags: | | | | | | |