Kek Coklat Moist
Kek Coklat Moist salah satu kek yang menjadi kegemaran ramai. Rasanya yang sangat sedap ini serta rasa kemanisannya di tambah pula dengan topping coklat telah menjadijan kek ini pilihan ramai.
Kek ini sangat mudah untuk dibuat kerana hanya menggunakan sukatan cawan sahaja. Tak perlu susah-susah cari penimbang. Mesti jadi punya!
Selain itu, kek ini menggunakan cara kukus, menjadikan kek coklat ini lebih moist dan lembut bila berada di dalam mulut. Sesuai sangat untuk minum petang anak-anak atau sebagai hidangan pencuci mulut potluck di pejabat.
Di sini saya kongsikan cara untuk membuat Kek Coklat Moist ini dengan mudah.
Resepi :
- 2/3 cawan (150ml) susu segar/UHT/cair
- 1/3 cawan (75ml) minyak masak/sayur
- 1/3 cawan (85ml) susu pekat manis
- 1/4 cawan + 1 sudu besar (27g) serbuk koko
- 2 biji telur (gred B)
- 2/3 cawan (90g) gula pasir
- 1/2 cawan (60g) tepung gandum
- 1/3 sudu kecil soda bikarbonat
- 1/3 sudu kecil baking powder
Coklat ganache :
- 1/2 cawan susu segar /UHT/cair
- 300g coklat masakan (milk/dark)
- 1 sudu besar susu pekat manis
- 2 sudu besar mentega
Cara Penyediaan Kek Coklat Moist
- Sediakan tepung gandum , tepung penaik dan soda bikarbonat untuk diayak
- Masukkan susu, serbuk koko, minyak, susu pekat manis (kacau sehingga masak)
- Pecahkan telur dan masukkankan adunan yang dimasak dan kacau sehingga sebat
- Masukkan gula pasir dan adunan tepung yang sudah diayak (kacau sehingga sebati)
- Masukkan ke dalam adunan dan kukus dengan api yang sederhana
- Cairkan campuran susu cair, coklat masakan, susu pekat manis, mentega
- Setelah siap masukkan ke dalam peti (30 minit)
- Tuang adunan tadi ke atas kek yang siap dikukus. Tabur sedikit coklat rice.
SELAMAT MENCUBA