Pada entri kali ini kami akan kongsikan dengan anda semua satu resepi yang sangat simple dan bahan-bahan yang sangat senang untuk diperolehi iaitu Resepi Tempe Mendoan.
Tempe ini ssesuai untuk dihidangkan bersama nasi ataupun sebagai juadah sampingan untuk anda dan seisi keluarga.
Bahan-bahan:
- Tempe
- Ketumbar
- Bawang putih
- Garam Kunyit
- Chicken powder
- Air
- 100g Tepung terigu pro sedang
- 1sdm tepung tapioca
- 1/4 sdt baking soda
- 1 telur putih
- Minyak
- Daun bawang.
Cara-cara:
- Tumbuk halus bawwang putih, garam, ketumbar, serbuk kunyit dan kaldu bubuk. Masukkan sedikit air.
- Kemudian masukkan tempe dan biarkan meresap bahan tumbuk halus.
- Sementara itu, campurkan semua bahan tepung, baking soda, kaldu ayam bubuk dansedikit air. Adukkan hingga sebati.
- Masukkan air lebihan perapan tempe tadi dan teruskan aduk hingga sebati. Masukkan putih telur dan daun bawang dan masukkan air secukupnya. Adukkan sebati.
- Celupkan tempe kedalam adunan dan gorengkan hingga masak. Siap untuk dihidangkan.
Selamat mencuba. Belum cuba belum tahu.
Tonton video di bawah :
kredit : Nikmatul Rosidah