Artikel ini amat penting kepada mereka yang pertama kali ke Sabah dan Sarawak atau bakal menjejakkan kaki ke sana. Penting untuk tahu makanan yang wajib dicuba di Sabah dan Sarawak untuk mencuba kelainan.
Sudah tentu kalian mahu merasai makanan lain daripada yang berada di semenanjung bukan?
Jangan lupa baca sampai habis tau!
Hinava atau Hinava Ginapan merupakan salah satu hidangan tradisional istimewa bagi suku kaum Kadazan-Dusun, Sabah dan boleh dikatakan sebagai makanan yang paling popular dalam kalangan kaum Kadazan-Dusun.
Makanan ini merupakan hidangan yang dihasilkan daripada isi ikan segar yang dicampurkan dengan biji buah gambangan yang telah diparut, cili merah, halia, bawang merah, limau kapas dan garam. Hivana biasanya merupakan hidangan istimewa semasa Tadau Kaamatan.
Ambuyat merupakan sejenis hidangan yang berasal dari bahagian batang dalam sagu sawit. Ambuyat ialah sejenis makanan tempatan di Labuan dan negeri-negeri Borneo seperti Sabah dan Sarawak di mana makanan ini kadangkala dikenali sebagai linut.
Ambuyat dimakan dengan garpu buluh yang dipanggil candas, dengan menggolekkan kanji sekitar mata garpu dan kemudian mencelupkannya ke dalam sos.
Barobbo merupakan salah satu makanan tradisional masyarakat atau suku kaum Bugis di Sabah terutamanya di daerah Sandakan dan Tawau. Barobbo adalah masakan bubur nasi jagung. Biasanya barobbo di masak bersama jagung pulut. Namun pada masa kini ia banyak di masak dengan menggunakan jagung manis.
Barobbo biasanya di masak apabila sesebuah keluarga itu berkumpul beramai-ramai seperti sewaktu cuti di hujung minggu dan ia lebih sedap dimakan ketika masih panas.
Amplang merupakan salah satu makanan ringan yang terkenal di Sabah terutamanya di daerah Tauwau dan Sandakan. Ia merupakan makanan tradisi bagi Bugis di Sabah.
Amplang merupakan keropok yang diperbuat daripada ikan dan ikan yang biasanya digukan untuk membuat keropok Amplang ini adalah dari jenis ikan tenggiri yang dicampurkan bersama dengan tepung kanji dan bahan-bahan lain untuk digoreng dan dijadikan keropok.
Pinasakan Sada atau Pinarasakan merupakan makanan tradisional bagi suku kaum Kadazan-Dusun dan sangat terkenal di Sabah.
Makanan ini merupakan sejenis makanan yang mengandungi ikan Basung yang telah ditumis dan dicampur dengan bahan-bahan lain seperti buah Bambangan, takob-akob, kunyit dan garam. Pinasakan Sada juga sejenis makanan yang tahan lama dan boleh disimpan untuk beberapa hari.
Mee kolok juga merupakan mee yang popular di Sarawak dan semakin popular di Semenanjung Malaysia. Mee kolok yang banyak terdapat di kedai makanan Melayu dan Cina. Mee kolok terdapat dalam dua jenis iaitu mee kolok putih dan mee kolok kicap. Selain dikenali sebagai mee kolok, ia juga dikenali sebagai mee kampua, mee rangkai dan mee kering.
Tetapi ia lebih dikenali sebagai mee kolok. Bukan penduduk di Sarawak sahaja yang menggemari mee kolok tetapi orang luar yang datang ke Sarawak juga menggemari mee kolok. Keistimewaannya adalah rasa mee kolok berbeza dengan rasa mee goreng yang lain dan tekstur mee kolok juga kecil dan lembut serta kenyal.
Laksa Sarawak juga merupakan makanan tradisional yang popular di Sarawak. Laksa Sarawak bebeza dengan laksa-laksa yang terdapat di semenanjung. Bahan-bahan yang digunakan juga amat berbeza dan ketara.
Kuahnya seperti kuah mee kari akan tetapi rasanya amatlah berbeza dengan mee kari. Rasa kuahnya rasa lemak, manis dan pedas. Bahan yang terdapat dalam laksa sarawak adalah bihun, isi ayam yang dicarik-carik, udang, tauge, hirisan telur goreng dan kuahnya. Laksa sarawak dihidangkan bersama sambal untuk menambah rasa kepedasan dan juga limau kasturi.
Tebaloi merupakan sejenis biskut sagu yang merupakan sejenis makanan tradisional masyarakat Melanau. Bahan utama tebaloi ialah sagu.
Makanan ini banyak dieksport ke luar negara dan merupakan salah satu makanan tradisional sarawak yang mempunyai permintaan yang tinggi.
Manok Pansoh adalah sejenis makanan dimana ayam dimasak dalam buluh. Makanan ini merupakan makanan tradisional masyarakat Iban. Cara menyediakannya sama seperti menyediakan lemang di Semenanjung Malaysia.
‘Manok’ bermaksud ayam dan’Pansoh’ bermaksud dimasak dalam buluh. Dalam Bahasa Iban pulla, dikenali sebagai ‘Manuk Pansuh’ ataupun ‘Manuk Lulun’. Oleh sebab cara masakan ini berasal daripada masyarakat Iban, maka selain ayam, bahan-bahan lain seperti daging ikan disediakan mengikut cara yang sama.
Penganan merupakan kuih tradisional kaum Iban yang sangat popular dan sering menjadi makanan wajib ketika perayaan hari Gawai.
Ianya diperbuat daripada tepung beras dan beberapa bahan lain sebelum djadikan doh untuk digoreng. Rasanya yang kenyal dan manis pasti menarik perhatian mereka yang makannya.
Maka, itulah 10 jenis makanan serta snek yang berasal daripada Sabah dan Sarawak. Gabungan Malaysia telah membolehkan kita sebagai rakyat malaysia merasai kelainan dari segi makanan kita dimana kita mempunyai pelbagai makanan yang unik, sedap dan tidak dijumpai dimana-mana pelusuk dunia selain tanahair kita tercinta ini.