Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » 4 Resepi Laksa Mengikut Negeri, Semua Laksa Ini Sangat Sedap Dan Mudah Untuk Di Sediakan

4 Resepi Laksa Mengikut Negeri, Semua Laksa Ini Sangat Sedap Dan Mudah Untuk Di Sediakan

Kategori: ,

1. LAKSA  TERENGGANU (KUAH PUTIH)

Bahan – Bahan :

  • 8 ekor @ 800g ikan selayang/ ikan kembung
  • 2 sudu kecil lada hitam
  • 1/2 in halia
  • 1 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah
  • sedikit belacan*
  • sedikit daun kesum* suka bau daun kesum meresap kat kuahnya
  • 1 1/2 biji kepala parut diambil santannya
  • 2 keping asam gelugur
  • sedikit garam dan gula

Bahan Hiasan:

  • Daun kesum secukupnya dimayang halus
  • Kacang panjang secukupnya dimayang
  • Kobis diracik halus
  • Timun dimayang
  • Daun Kemangi/Selasih | Dihiris halus
  • Bunga Kantan – Dihiris halus
  • Taugeh – Buang ekor
  • 4 biji limau kasturi – Belah 2

Cara Memasak :

  1. Ikan kembung dibersihkan kemudian direbus hingga masak.
  2. Toskan kemudian ambil isi ikan ditumbuk hingga lumat.
  3. Tumbuk/Blend bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam hingga lumat.
  4. Masukkan semua bahan tumbuk/blend serta santan dalam periuk, masukkan asam gelugur dan garam secukup rasa.
  5. Jerang di atas api hingga mendidih dan sebati.
  6. Kepekatan kuah ikut selera masing2 ya.

2. LAKSA KELANTAN

Bahan – Bahan :

  • 3 labu bawang besar merah * sederhana
  • 4 ulas bawang putih *
  • 1 inci halia *
  • 10 ekor ikan lolong ( direbus dengan garam dan 3 asam keping )
  • 5 1/2 cawan santan
  • 1 sudu teh lada hitam ditumbuk halus
  • 2 asam keping
  • Laksa secukupnya
  • Bahan bertanda
  • * dikisar halus

Bahan Hiasan :

  • Timun
  • Bunga kantan
  • Pucuk serai kayu
  • Taugeh

Cara Memasak :

  1. Ikan yang telah direbus diasingkan isi dan tulang
  2. Kisar isi ikan dengan air rebusan ikan
  3. Dalam periuk, masukkan isi ikan yang telah dikisar, bahan kisar, santan dan juga lada hitam yang ditumbuk halus
  4. Masukkan garam secukup rasa dan juga asam keping dari rebusan ikan dan juga tambah 2 asam keping
  5.  Letak atas dapur dan kacau selalu sehingga mendidih
  6.  Bila dah mendidih lama sikit, tutup api
  7.  Suai rasa, Sekiranya nak tambah garam boleh tambah
  8.  Bunga kantan, timun dan pucuk serai kayu dihiris
  9.  Hidangkan laksa dengan kuah laksa, ulaman dan juga untuk bahan sampingan ada belacan dan sambal lada.

3. LAKSA PENANG

Bahan – Bahan :

  • Ikan selayang @ sardin
  • Asam keping
  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Cili giling
  • Cili padi
  • Belacan
  • Daun kesum
  • Bunga kantan
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara Memasak :

  1. Rebus telur. Jika hendak cepat, gunakanlah noxxa Hp 1.
  2. Ikan pun direbus meggunakan noxxa Hp 3. Air rebusan ikan jangan buang. Saya rebus tanpa letak garam dan asam. Tapi kalau anda nak letak asam dan garam pun boleh juga.
  3. Kisarkan isi ikan saja. Boleh guna food processor. Kemudian blend tulang ikan. Tulang dan isi kisar asing asing ye.
  4. Isi yang dikisar boleh masukkan terus dalam periuk. Yang blend tulang ikan tu, pastikan anda tapis terlebih dahulu. Jangan tuang sekali dengan tulang.
  5. Kemudian, bawang putih, bawang merah, cilipadi, belacan dikisarkan bersama.
  6. Didihkan air, masukkan cili giling, asam keping, daun kesum, bunga kantan.
  7. Masukkan sekali air rebusan ikan, isi ikan, dan air tulang yg ditapis tadi.
  8. Lepas didih tu, masukkan garam gula secukup rasa.
  9. Laksa tu terpulang nak beli yang siap boleh makan atau yang instant tu kena rebus sampai lembut dulu ye.
  10. Boleh hidangkan bersama ulaman. Potong cili, bawang besar, nenas salad, dan buah limau kasturi. Jangan lupa untuk hidangkan bersama telur rebus skali.

3. LAKSA JOHOR

Bahan – Bahan :

  • Spageti

Bahan A (direbus dan dimesin, asingkan):

  • Ikan kembong
  • Ikan sardin
  • Ikan tenggiri
  • Udang basah | 100gram
  • 1 1/2 paket kecil udang kering

Bahan B (dimesin):

  • bawang besar | 5 biji
  • bawang putih 3 ulas
  • cili kering  | 15 -20tangkai
  • halia | 2 ibu jari
  • lengkuas | 2 ibu jari
  • kunyit hidup | 2 ibu jari
  • 2 batang serai | dihiris halus dan dimesin
  • asam keping | 2 keping
  • santan pekat 1 kotak / paket atau lebih
  • 1 paket kerisik
  • 1 paket kecil rempah kari ikan (saya guna 2 paket)

Bahan Hiasan:

  • Limau kasturi | belah 2 dan buang biji
  • Timun batang | di racik halus
  • Tauge | buang ekor
  • Bawang besar |hiris halus
  • Lada merah/lada hijau dihiris
  • Daun kesum diracik halus
  • Lobak asin

Cara Memasak :

1.rebuskan ikan, udang dan asingkan tulang dan mesin hingga halus bersama air rebusan

Cara Masak Kuah :

  1. Tumis minyak dan masukkan bahan B hingga wangi
  2. Bila garing, masukkan rempah kari cili belender dan kacau sebentar sehingga naik bau 1/minit
  3. Masukkan ikan/udang yang dimesin
  4. Masukkan santan pekat diikuti dengan 2 mangkuk air dan
  5. Masukkan asam keping
  6. Tambah garam dan gula untuk rasa
  7. Masak sehingga kuah pekat dengan api perlahan selama lebih kurang 1 – 11/2 jam. Lebih lama dimasak, kuah akan lebih tahan walaupun tak disimpan didalam peti sejuk.

Cara Buat Sambal Belacan

  1. Kisar cili api/merah, bawang, ikan bilis, belacan.
  2. Sebelum kisar masukkan air asam jawa dan gula.

4. LAKSA SARAWAK

Bahan – Bahan :

  • 300 gram pes laksa cap Burung Helang | 1 bungkus
  • 1 bungkus Bihun-celur dalam air panas dan toskan
  • 200gram udang basah |terpulang nak letak berapa banyak udang
  • 2 ketul dada ayam
  • 200ml santan pekat/ 1 kotak kecil santan siap pek
  • 5 biji telur ayam-digoreng dadar dan hiris halus
  • 500 gram tauge (anggaran)-celur dalam air panas
  • Daun ketumbar
  • Limau kasturi
  • Sedikit garam

Sambal Belacan :

  • Cili giling |anggaran 4 sudu besar
  • Belacan
  • Sedikit air perahan limau kasturi
  • Sedikit Garam

Cara Buat Sambal Belacan:

  1. Bakar belacan dan tumbukkan. Kemudian masukkan cili giling, garam dan sedikit air perahan limau. Tumiskan sekejab dan siap.

Cara Memasak Kuah:

  1. Sediakan 200L air dan rebus udang dan dada ayam dalam periuk yang sama. Setelah udang agak-agak bertukar warna kulit, keluarkan.
  2. Biarkan ayam direbus sehingga masak. Boleh juga kalau nak masukkan udang dan ayam di periuk yang sama. Setelah masak, keluarkan ayam dan toskan. Kemudian ayam dicarik-carikkan.
  3. Kekalkan air rebusan di dalam periuk di atas api, masukkan pes laksa. Sekiranya air kurang, tambahkan air untuk dijadikan kuah. Gunakan api kecik untuk pastikan pes laksa kembang dan blend di dalam kuah. Ambil masa sekurang-kurangnya 30 minit api kecil ye.
  4. Kemudian, toskan air rebusan pes untuk keluarkan sisa-sisa pes. Air yang jernih dimasukkan semula ke dalam periuk yang sama dan dimasukkan dengan santan 1 kotak. Kalau nak lebih creamy boleh letak lebih sikit santan. Biasanya saya akan masukkan 2 kotak untuk lebih rasa lemak lemak.   Letakkan periuk ke atas api semula dan didihkan selama sekurang-kurangnya 40 minit api kecil. Kemudian perasakan dengan garam. Siap.

 

 

 

 

 

 

tags: | |